Bahagian Penyelidikan merupakan salah satu bahagian yang terdapat di Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JaHEAT). Bahagian ini bertanggungjawab dalam membuat kajian penyelidikan keatas permasalahan yang berhubungkait dengan isu-isuakidah, syariah dan juga bahan media.
OBJEKTIF
- Menyampaikan maklumat yang betul, sesuai dan tepat menurut ajaran Islam kepada segenap lapisan masyarakat untuk dijadikan panduan dalam kehidupan seharian.
- Mencegah dan mengatasi penyelewengan akidah dan syariah serta memelihara kesucian akidah umat Islam, berpandu kepada Ahli Sunnah walJamaah.
- Membebaskan masyarakat Islam dari unsur-unsur yang meragukan, syak dan mengelirukan dalam akidah.
VISI
- Memelihara pemikiran ummah dari gejala negatif yang meragukan.
- Menjadikan masyarakat berpegang teguh kepada akidah Ahli Sunnah walJamaah.
- Kearah masyarakat yang hidup berlandaskan pegangan Ahli Sunnah walJamaah.
MISI
- Memantau dan mengkaji ancaman pengaruh luar, ajaran sesat dan amalan khurafat dalam kalangan masyarakat Islam.
- Memantau dan mengkaji media elektronik, bahan bercetak dan penerbitan yang mengandungi maklumat atau fakta yang meragukan.
- Menjadi sumber rujukan yang berwibawa dalam penyelidikan akidah, syariah dan kawalan media serta bahan-bahan gunaan umat Islam.
- Menerangkan kepada masyarakat khususnya umat Islam tentang isu-isu ancaman akidah, syariah dan bahan-bahan gunaan umat Islam.
Bahagian ini terbahagi kepada tiga (3) unit utama, iaitu;
- Unit Pentadbiran
- Unit Akidah dan Syariah
- Unit Penapisan dan Media
FUNGSI UNIT PENTADBIRAN
- Mengawasi dan menyelia kakitangan bahagian.
- Merancang dan mengurus perjawatan bahagian.
- Memastikan perjalanan surat dan fail bahagian adalah dalam keadaan kemas dan efisyen.
- Merancang dan menyediakan bajet bahagian.
- Mengurusetiakan mesyuarat di peringkat bahagian.
FUNGSI UNIT AKIDAH DAN SYARIAH
- Membuat penyelidikan berkaitan aduan kesalahan/penyelewengan akidah, ajaran sesat, adat melayu, barang gunaan orang Islam dan lain-lain kegiatan dan perlakuan yang diragui serta bercanggah dengan hukum syarak.
- Menyediakan laporan/kertas kerja bagi mendapatkan perakuan atau “endorsemen” dan pandangan daripada agensi/jabatan yang berkaitan mengenai kesalahan/penyelewengan akidah, ajaran sesat, adat melayu dan lain-lain kegiatan dan perlakuan yang diragui serta bercanggah dengan hukum syarak.
- Merangka dan mengadakan program penerangan (roadshow) kepada masyarakat tentang isu-isu kesalahan/penyelewengan akidah dan syariah yang diragui dan bercanggah dengan hukum syarak.
- Bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dalam menguatkuasakan Akta Perihal Dagangan (APD) 2011.
- Membuat pemantauan dan penyelidikan terhadap aduan kesalahan/penyelewengan akidah, ajaran sesat, adat melayu dan lain-lain kegiatan serta perlakuan yang diragui dan bercanggah dengan hukum syarak.
FUNGSI UNIT PENAPISAN DAN MEDIA
- Menjalankan kajian, mengenalpasti dan menapis isu-isu semasa dalam media elektronik/media sosial yang bercanggah dengan ajaran Islam.
- Menjalankan kajian, mengenalpasti dan menapis Al-Quran/bahan bacaan/ penerbitan yang meragukan dari segi isi kandungan dan penyampaian.
- Pemeriksaan berkala/pemantauan terhadap buku-buku dan bahan terbitan yang diharamkan oleh JAKIM/KDN.
- Bekerjasama dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan agensi/jabatan lain dalam menguatkuasakan Akta Percetakan Teks Al-Quran 1986 (Akta 326), Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (Akta 301), Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) dan akta lain yang berkaitan.
- Memastikanpelupusan Al-Quran dan bahan bercetakyang mengandungi ayat Al-Quran yang dilaksanakan oleh jabatan/agensi lain adalah mengikut garis panduan yang disediakan.
- Membuat pelupusan terhadap mushaf Al-Quran dan bahan bercetak yang mengandungi ayat Al-Quran yang tidak digunakan/lama/rosak mengikut syariat serta berpandu kepada garis panduan yang ditetapkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jawatankuasa Fatwa Negeri Terengganu.