Menu

BAHAGIAN PENYELIDIKAN

Bahagian Penyelidikan merupakan salah satu bahagian yang terdapat di Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT). Bahagian ini bertanggungjawab dalam menjalankan kajian dan penyelidikan terhadap isu / masalah yang berhubung kait dengan akidah, syariah, adat melayu dan juga kandungan media termasuk media baru.

 

OBJEKTIF

  1. Menyampaikan maklumat yang tepat menurut ajaran Islam kepada masyarakat untuk dijadikan panduan dalam kehidupan.
  2. Mencegah penyelewengan akidah dan syariah serta memelihara kesucian akidah umat Islam berpandu kepada pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah.
  3. Membebaskan masyarakat Islam dari unsur-unsur meragukan, syak dan mengelirukan dalam akidah.

VISI

Ke arah melahirkan masyarakat yang hidup berlandaskan pegangan dan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.

 

MISI

  1. Menjalankan kajian, penyelidikan dan pemantauan berhubung isu ajaran sesat / amalan yang bertentangan dengan ajaran Islam dan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah.
  2. Menjalankan kajian, penyelidikan dan pemantauan terhadap isu yang dikenalpasti bertentang dengan ajaran Islam dan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah di dalam penerbitan media termasuk media baru.
  3. Menjadi sumber rujukan yang berwibawa dalam isu berkaitan akidah, syariah dan kawalan media.

 

Bahagian ini terbahagi kepada tiga (3) unit utama, iaitu;

  1. Unit Pentadbiran
  2. Unit Akidah dan Syariah
  3. Unit Penapisan dan Media

 

FUNGSI UNIT PENTADBIRAN

  1. Mengawasi dan menyelia kakitangan bahagian.
  2. Merancang dan mengurus perjawatan bahagian.
  3. Memastikan perjalanan surat dan fail bahagian adalah dalam keadaan kemas dan efisyen.
  4. Merancang dan menyediakan bajet bahagian.
  5. Mengurusetiakan mesyuarat di peringkat bahagian.

 

FUNGSI UNIT AKIDAH DAN SYARIAH 

  1. Membuat penyelidikan berkaitan dengan aduan penyelewengan akidah, ajaran sesat, adat melayu, barang gunaan orang Islam dan lain-lain kegiatan dan perlakuan yang diragui serta bercanggah dengan hukum syarak.
  2. Menyediakan laporan/kertas kerja bagi mendapatkan perakuan atau “Endorsemen” dan pandangan daripada agensi/jabatan yang berkaitan mengenai penyelewengan akidah, ajaran sesat, adat melayu dan lain-lain kegiatan dan perlakuan yang diragui serta bercanggah dengan hukum syarak.
  3. Merangka dan mengadakan program penerangan (roadshow) kepada masyarakat tentang isu-isu penyelewengan akidah dan syariah yang diragui dan bercanggah dengan hukum syarak.
  4. Membuat pemantauan terhadap aduan penyelewengan akidah, ajaran sesat, adat melayu dan lain-lain kegiatan dan perlakuan yang diragui serta bercanggah dengan hukum syarak.

 

FUNGSI UNIT PENAPISAN DAN MEDIA

  1. Menjalankan kajian, mengenalpasti dan menapis isu-isu dalam bahan bacaan / penerbitan termasuk mushaf Al-Quran yang berbentuk media cetak dan media elektronik, serta barang gunaan orang Islam yang diragui bertentangan dengan ajaran Islam serta enakmen / undang-undang yang berkaitan, juga menyediakan kertas laporan berkaitan.
  2. Menjalakan pemeriksaan berkala / pemantauan terhadap bahan bacaan / penerbitan termasuk mushaf Al-Quran, bahan gunaan orang Islam serta laman sesawang yang dikenalpasti bertentangan dengan ajaran Islam serta enakmen / undang-undang yang berkaitan.
  3. Bekerjasama dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK) serta jabatan / agensi lain dalam menguatkuasakan peraturan / undang-undang yang berkaitan.
  4. Mengurus dan menyelia aktiviti pelupusan teks dan bahan Al-Quran yang lama / rosak / salah percetakan / tidak dapat digunakan lagi serta memastikan ia dilaksanakan mengikut garis panduan dan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan.
Go to top