PIAGAM PELANGGAN

 

Kami menjamin :

1. Memberi perkhidmatan yang mesra dan berkualiti serta ikhlas, cekap, tepat dan adil kepada semua pelanggan selaras dengan fungsi Jabatan.

2. Menyelesaikan masalah-masalah pelanggan menerusi kaunseling profesional yang berkaitan Undang-undang Keluarga Islam dalam masa yang munasabah.

3. Mengadakan program Dakwah yang berkesan untuk meningkatkan kefahaman Islam, membanteras penyelewengan akidah dan amalan yang bertentangan dengan Mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah di kalangan masyarakat melalui seminar, kursus, ceramah, penerbitan buku dan khutbah.

4. Memberi maklumat berhubung dengan kemasukan pelajar-pelajar ke Sekolah Menengan Agama Kerajaan Negeri dalam masa dua bulan.

5. Memberi pendidikan yang cemerlang disamping mata pelajaran lain dalam tempoh pengajian yang ditetapkan di sekolah-sekolah agama di bawah jabatan ini.

6. Memproses setiap permohonan yang lengkap dan memuaskan, serta dapat diselesaikan dalam tempoh yang tidak melebihi dua minggu.

7. Penyediaan bayaran diselesaikan dalam tempoh dua minggu daripada tarikh tuntutan diterima.

8. Akan bersedia menerima secara terbuka teguran dan kritikan yang membina dan berazam untuk membetulkannya