Menu

1.    Pengendali proses pembakaran tersebut hendaklah memasang niat yang ikhlas demi memelihara kehormatan ayat-ayat suci Al-Quran daripada dihina atau dibiarkan berada pada tempat yang tidak sepatutnya.

2.    Pengendali proses tersebut hendaklah berada dalam keadaan suci / berwuduk.

3.    Bahan yang mengandungi ayat-ayat Al-Quran yang dibakar hendaklah menyeluruh tanpa tertinggal mana-mana bahagian yang tidak terbakar.

4.    Bahan-bahan atau debu yang mengandungi ayat-ayat suci Al-Quran yang telah dibakar hendaklah dipastikan dikumpul supaya tidak ditiup angin atau bersepah merata tempat.

5.    Bahan yang telah dibakar hendaklah ditanam pada tempat yang bersih atau tempat yang tidak dilalui orang atau dibuang ke dalam laut / sungai yang mengalir airnya.

6.    Kerja-kerja pembakaran hendaklah dikawal selia oleh pegawai Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri Terengganu atau pihak yang mahu melupuskan bahan-bahan tersebut.

Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu,

Pusat Pentadbiran Islam,

Kompleks Sri Iman,

Jalan Sultan Mohamed,

20676 Kuala Terengganu,

Terengganu Darul Iman.

096252525

 09-6235185

 

  adminjheat@terengganu.gov.my

Go to top