Print

Masjid di negeri Terengganu dibahagi kepada 2 kategori iaitu Masjid Kerajaan dan Masjid Mukim.  Secara asasnya untuk membezakan kategori ini ialah Imam/Bilal di masjid Kerajaan adalah berjawatan dan bergaji manakala Imam/Bilal di masjid mukim dibayar elaun.

Bagi masjid kerajaan, syarat minimum untuk memohon jawatan Imam/Bilal (skim Mubaligh) ialah SPM atau setarafnya. Permohonan boleh dibuat dengan menghantar surat permohonan dan resume ke Penolong Pesuruhjaya (PSM), Bahagian Pentadbiran, Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu.

Bagi masjid mukim, calon perlu mengisi borang permohonan yang boleh didapati di Pejabat Agama Daerah.