Muat Turun Soalan Lazim (FAQ) SRIDI
1. Apakah jenis sekolah rendah agama di bawah kelolaan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu?
Sekolah Rendah Islam Darul Iman (SRIDI)
2. Di manakah lokasi SRIDI?
Lokasi SRIDI adalah mengikut kawasan DUN. Buat permulaan ini, sebanyak Sembilan buah SRIDI terdapat di seluruh negeri Terengganu iaitu :
Bil. |
Sekolah |
Alamat |
Hubungi |
1. |
SRIDI Bandar |
No. 68-78, Pusat Komersial, Cabang Tiga, 21000 Kuala Terengganu |
No.Tel:09-6205307 Email:This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |
2. |
SRIDI Buluh Gading
|
Kompleks Usahawan Terengganu Kampung Kubang Jela, 21200 Kuala Terengganu |
No.Tel:09-6151591 Email:This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |
3. |
SRIDI Pengkalan Berangan |
Kompleks Perniagaan Majlis Daerah Marang, Kg Binjai Rendah Bukit Payong 21400 Marang Terengganu |
No. Tel: 09-6191043 Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
|
4. |
SRIDI Bukit Besi |
Jalan Sultan Ahmad, 23400 Bandar Al-Muktafi Billah Shah, Dungun, Terengganu. |
No. Tel: 09-8222202 Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |
5. |
SRIDI Ajil |
Blok D, Bangunan Pusat Dagangan Ajil (ATC), Pekan Ajil , 21800 Ajil, Terengganu. |
No. Tel: 09-6862500 Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |
6. |
SRIDI Kota Putera |
d/a Sekolah Menengah Agama Maarif, Kampung Raja, 22200 Kuala Terengganu, Terengganu. |
No. Tel: 09-6950109 Email:This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |
7. |
SRIDI Paka |
d/a Sekolah Agama Rakyat Felda Kerteh 1, Ketengah Jaya, 23300 Dungun, Terengganu. |
No. Tel: 09-8202022 Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |
8. |
SRIDI Permaisuri |
Lot 2403 & 2404, Tingkat Bawah 1 & 2, Wisma Yayasan Islam Terengganu, Bandar Permaisuri, 22100 Setiu, Terengganu. |
No. Tel: 09-6091175 Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |
9. |
SRIDI Kijal |
2-12, Bangunan Majlis Perbandaran Kemaman, Kompleks Paya Lasir, 24100 Kijal, Terengganu. |
No. Tel: 013-9952363 Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |
3. Apakah kriteria penilaian murid ke SRIDI?
- Berumur 7 Tahun Pada Sesi 2021
- Sihat Tubuh Badan
- Warganegara Malaysia Dan Rakyat Negeri Terengganu Darul Iman
- Boleh Membaca Al-Quran
- Boleh Membaca Dan Menulis Jawi & Rumi
- Lulus ujian & temuduga yang dijalankan
4. Apakah Keistimewaan SRIDI
- Sesi Pembelajaran Bermula 8.00 Pagi-4.00 Petang
- Sukatan Akademik Mengikut Kurikulum KSSR (Kementerian Pendidikan Malaysia)
- Sukatan Kurikulum Negeri (Diniyyah) Disediakan Oleh Bahagian Pendidikan, Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu
- Skim Pinjaman Buku Teks
- Penekanan Latihan Amali Fardu Ain Dan Hafazan Al-Quran
- Aktiviti Kokurikulum Yang Menarik Demi Kekuatan Jati Diri Murid
5. Bagaimanakah cara untuk memohon/mendaftar anak ke Sekolah Rendah Islam Darul Iman (SRIDI)
Permohonan kemasukan ke Sekolah Sekolah Rendah Islam Darul Iman (SRIDI) boleh dibuat secara on-line sepenuhnya melalui laman sesawang berikut :-
Laman sesawang : sridionline.terengganu.gov.my
6. Adakah SRIDI menyediakan kemudahan untuk mengisi permohonan secara atas talian?
Ya. Sekiranya ibu bapa tidak mempunyai kemudahan & akses internet di rumah, ibu bapa boleh membuat pengisian permohonan di SRIDI berhampiran. Ibu bapa juga boleh mengunjungi Pusat Akses Internet Rakyat (PINTAR) yang berdekatan untuk membuat pengisian borang permohonan.
7. Siapakah yang boleh memohon?
Murid lepasan Pra-Sekolah, tadika, Tabika Kemas, dan Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) dan Tadika Swasta.
8. Bolehkah murid Tahun 2 hingga tahun 6 memohon?
Tidak. Sekolah Rendah Islam Darul Iman (SRIDI) hanya membuka pengambillan dan menawarkan kemasukan ke Tahun 1 sahaja.
9.Bagaimana cara untuk mengakses sistem permohonan?
Bagi mengisi borang permohonan, semakan ke ujian & temu duga, status permohonan sama ada berjaya atau gagal dan mencetak surat tawaran, ibu bapa perlu memasukkan nombor Mykid anak sebagai ‘kata laluan’ untuk mengakses sistem sridionline.terengganu.gov.my
10. Bilakah tarikh permohonan dibuka?
Permohonan ke Tahun 1 Sekolah Agama Negeri Terengganu bagi kemasukan sesi 2021 ialah pada 13 Ogos 2020. Tarikh tutup permohonan ialah pada 13 September 2020
11. Sekiranya akses disekat, apa yang perlu dilakukan?
Ibu bapa perlu merujuk pihak SRIDI yang berhampiran. Sekiranya masalah tidak dapat diselesaikan, perlu merujuk kepada Bahagian Pendidikan, Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu
12. Apakah persamaan/perbezaan pembelajaran di SRIDI dengan Sekolah Kebangsaan (KPM)?
Murid di SRIDI belajar mata pelajaran KSSM dan Kurikulum Agama Negeri yang disediakan oleh Bahagian Pendidikan, Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT).
13. Bagaimana murid SRIDI dipilih?
Berdasarkan keputusan ujian dan temu duga serta jumlah kapasiti sekolah.
14. Anak saya ditawarkan masuk ke tahun 1 SRIDI, apakah persediaan pakaian/uniform sekolah yang perlu disediakan?
- Bagi murid lelaki ialah baju kemeja berwarna putih dan berlengan pendek, seluar panjang berwarna hijau gelap, stoking hitam/gelap, kasut hitam dan berkopiah hitam.
- Bagi murid perempuan pula, pakaiannya ialah baju kurung berwarna putih, kain berwarna hijau gelap, stoking hitam/gelap, kasut hitam/ tudung labuh dan scarf berwarna putih.
15. Berapakah jumlah yuran yang perlu disediakan?
- Yuran bagi murid SRIDI ialah mengikut tahun. Bagi tahun 1, yuran asas yang perlu disediakan ialah RM 140 setahun. Bagi tahun 2 hingga tahun 6, yuran asasnya ialah RM 40 setahun. (bergantung kepada pindaan).
16. Apakah tindakan ibu bapa selepas membuat pengisian permohonan secara atas talian?
Ibu bapa perlu mencetak salinan borang permohonan,mencetak slip panggilan ujian & temudu ga pada tarikh semakan panggilan ujian & temu duga. Kemudian sediakan dokumen-dokumen yang perlu dibawa semasa temu duga.
17. Apakah dokumen yang perlu dibawa semasa sesi ujian & temu duga
- Borang permohonan (sebagai bukti permohonan telah dibuat)
- Slip panggilan temuduga (cetak pada tarikh semakan panggilan ujian & temuduga)
- Asal dan Salinan Sijil Kelahiran/Surat Beranak/Sijil Anak Angkat
- Asal dan Salinan Kad Pengenalan bapa
- Asal dan salinan Kad pengenalan ibu
- Asal dan salinan Sijil Nikah/Surat Cerai Ibu bapa
- Sijil Kematian Ibu/Bapa (jika ibu bapa telah meningggal dunia)
- Akuan Bermastautin di Terengganu (jika ibu bapa bukan rakyat Terengganu)
- Akuan kesihatan Murid/Laporan Kesihatan/Rekod Kesihatan Murid
- Bil Elektrik (TNB) atau Air (SATU) atau Cukai Pintu (Bukti Tempat Tinggal Semasa)
18. Bagaimanakah ibu bapa boleh mengikuti perkembangan SRIDI?
Ibu bapa boleh melayari facebook page SRIDI yang berkenaan seperti berikut :
· Sekolah Rendah Islam Darul Iman Dun Bandar · Sekolah Rendah Islam Darul Iman - SRIDI Buluh Gading · Sekolah Rendah Islam Darul Iman SRIDI Pengkalan Berangan, Marang · Sekolah Rendah Islam Darul Iman - SRIDI Ajil · Sekolah Rendah Islam Darul Iman, AMBS · Sekolah Rendah Islam Darul Iman Paka - SRIDI PAKA · Sekolah Rendah Islam Darul Iman Kijal - SRIDI KIJAL · Sekolah Rendah Islam Darul Iman - SRIDI Permaisuri, Setiu · Sekolah Rendah Islam Darul Iman Kota Putera - SRIDI Kota Putera |
19. Apakah kontak/tempat yang boleh dihubungi oleh ibu bapa jika menghadapi sebarang permasalahan pengisian borang?
Ibu bapa boleh menghubungi SRIDI yang berhampiran atau Bahagian Pendidikan, Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu:
Bahagian Pendidikan,
Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu
Pusat Pentadbiran Islam Negeri, Kompleks Seri Iman,
Jalan Sultan Mohamad
20676 Kuala Terengganu
No. Telefon : 09-6252525
FB page : Bahagian Pendidikan, Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu
Unit Hal Ehwal Murid
Bahagian Pendidikan
Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu
Kemaskini: 28.7.2020