MAKLUMAN KADAR FI BAHARU PERKHIDMATAN NIKAH, CERAI DAN RUJU' ORANG ISLAM, SERTA KADAR BAYARAN BAHARU KURSUS PRA PERKAHWINAN ISLAM NEGERI TERENGGANU TAHUN 2020
1. Berikut adalah ketetapan kadar fi baharu di bawah Kaedah-Kaedah Pentadbiran Undang-Undang Keluarga Islam (Permohonan dan Pendaftaran Perkahwinan, Perceraian dan Ruju’) 2019, dan kadar bayaran baharu Kursus Pra Perkahwinan Islam di Negeri Terengganu, yang akan dilaksanakan di Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu dan semua Pejabat Agama Daerah di Negeri Terengganu mulai 1 JANUARI 2020:
1.1 KADAR FI BAHARU PERKHIDMATAN NIKAH, CERAI DAN RUJU' ORANG ISLAM TERENGGANU
(Keputusan Mesyuarat Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu Kali Ke-2/2019 pada 30 April 2019 dan diwartakan dalam Warta Kerajaan Negeri pada 19 Disember 2019)
BIL |
PERKARA |
BORANG |
SEKSYEN |
KADAR FI BAHARU |
KOD HASIL |
1. |
Permohonan untuk berkahwin (lelaki dan perempuan) |
1 |
15 |
Percuma (online) |
Tiada |
2. |
Kebenaran berkahwin dalam mukim (Warganegara) |
2 |
16 |
RM10.00 |
65147 |
3. |
Kebenaran berkahwin luar mukim (Warganegara) |
3 |
16 |
RM10.00 |
65147 |
4. |
Kebenaran berkahwin (jika melibatkan Bukan Warganegara) |
2 atau 3 |
16 |
RM50.00 |
65147 |
5. |
Kebenaran berkahwin oleh Hakim Syarie |
4 |
17 |
RM25.00 |
71304 |
6. |
Borang Nikah |
5 |
21 |
Percuma |
Tiada |
7. |
Surat Perakuan Nikah (bagi kedua-dua pihak) |
6 |
25 |
RM30.00 |
65147 |
8. |
Kad Perakuan Nikah / Kad Catatan Nikah (bagi kedua-dua pihak) |
7 |
- |
RM40.00 |
65147 |
9. |
Permohonan untuk mendaftarkan perkahwinan tidak mengikut Enakmen dan Peraturan |
8 |
24(b) |
RM50.00 |
65147 |
10. |
Permohonan untuk mendaftarkan Perkahwinan luar negeri |
9 |
29(1) |
RM50.00 |
65147 |
11. |
Salinan sah catatan dalam Daftar Perkahwinan (Luar Negeri) (bagi kedua-dua pihak) |
10 |
29(4) |
RM30.00 |
65147 |
12. |
Permohonan Pendaftaran Perkahwinan Sukarela |
11 |
31(1) |
Percuma |
Tiada |
13. |
Salinan Diperakui Sah Catatan Dalam Daftar Perkahwinan Bagi Perkahwinan Sukarela (bagi kedua-dua pihak) |
12 |
31(5) |
RM30.00 |
65147 |
14. |
Surat Perakuan Cerai (bagi kedua-dua pihak) |
13 |
52(5) |
RM30.00 |
65147 |
15. |
Laporan Ruju’ |
14 |
49(2) |
Percuma |
Tiada |
16. |
Surat Perakuan Ruju’ (bagi kedua-dua pihak) |
15 |
49(3) |
RM20.00 |
65147 |
17. |
Pemeriksaan Daftar Perkahwinan / Daftar Perceraian dan Pembatalan |
16 |
40(1) dan 55(1) |
RM10.00 |
65147 |
18. |
Carian Rasmi Dalam Daftar Perkahwinan / Daftar Perceraian dan Pembatalan |
17 |
40(1) dan 55(1) |
RM10.00 |
65147 |
19. |
Borang Permohonan Salinan Surat Perakuan Nikah / Cerai / Ruju’ |
18 |
40(2) dan 55(2) |
RM20.00 |
65147 |
20. |
Borang permohonan untuk pembetulan dalam Daftar Perkahwinan / Daftar Perceraian dan Pembatalan |
19 |
39 dan 54 |
Percuma |
Tiada |
21. |
Gantian Kad Perakuan Nikah / Kad Catatan Nikah (1 keping) |
- |
- |
RM20.00 |
65147 |
22. |
Upah Nikah (Bayaran perkhidmatan Jurunikah yang dikenakan kepada pasangan pengantin) |
- |
- |
RM100.00 |
Tiada |
1.2 KADAR BAYARAN BAHARU KURSUS PRA PERKAHWINAN ISLAM NEGERI TERENGGANU
(Keputusan Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Terengganu Kali Ke-16/2019 pada 29 Mei 2019)
Pendaftaran Kursus Pra Perkahwinan Islam Negeri Terengganu |
RM80.00 |
65147 |
- Sebarang pertanyaan lanjut boleh berhubung dengan mana-mana Pejabat Agama Daerah berdekatan, atau hubungi Bahagian Undang-Undang Keluarga, Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu di talian 09-6252525 sambungan 5278 / 5284.
Disediakan oleh:
Bahagian Undang-Undang Keluarga
Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu