Menu

 PERMOHONAN KAD AKUAN NIKAH

 

Kad perakuan nikah merupakan dokumen perkahwinan yang diakui sah untuk menggantikan surat perakuan nikah di negeri Terengganu Darul Iman. Kad akuan ini mudah dibawa ke mana-mana oleh pasangan berkahwin sebagai bukti perkahwinan kerana saiznya yang kecil seperti kad pengenalan.

Bagi Pemohon Yang Berkahwin Sebelum Tahun 2006

Bagi pemohon yang berkahwin sebelum tahun 2006, perlu mengisi borang permohonan kad perakuan nikah pintar yang boleh didapati di Pejabat Agama Daerah berdekatan dengan anda.

Syarat-syarat Permohonan Kad Perakuan Nikah

  1. Permohonan adalah sah untuk pasangan yang telah berkahwin/bernikah di Negeri Terengganu sahaja.
  2. Pasangan mestilah sudah menerima surat perakuan nikah dari Pejabat Agama Islam Daerah.

Dokumen yang Diperlukan

  1. Satu salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan.
  2. satu salinan surat perakuan nikah.
  3. Sekeping gambar berukuran pasport lelaki dan perempuan (berlatarbelakangkan biru & bertudung bagi perempuan).
  4. Bayaran kad sebanyak RM33.00 (Tunai/Wang Pos-cek tidak diterima).

* Jika menghantar borang melalui pos jangan hantar wang tunai.

Suami atau isteri boleh hadir bersama atau bersendirian untuk membuat permohonan tersebut. Kad tersebut dijangka siap dalam tempoh dua (2) minggu. Suami atau isteri atau wakil yang diberi kebenaran boleh mengambil sendiri atau boleh juga memohon untuk menghantar melalui pos.

Bagi Pemohon Yang Berkahwin Pada Tahun 2006 Dan Tahun Berikutnya  

 Bagi pasangan yang berkahwin pada tahun 2006 dan tahun berikutnya tidak perlu mengisi borang permohonan kad perakuan nikah kerana kad perakuan nikah tersebut akan dikeluarkan secara terus 2 minggu selepas tarikh pernikahan.

Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu,

Pusat Pentadbiran Islam,

Kompleks Sri Iman,

Jalan Sultan Mohamed,

20676 Kuala Terengganu,

Terengganu Darul Iman.

096252525

 09-6235185

 

  adminjheat@terengganu.gov.my

Go to top