Menu
  • LATAR BELAKANG PELUPUSAN AL-QURAN JHEAT

                                                                                                                

 TAHUN

PERKARA

Bermula

Oktober 2011

Proses pembakaran menggunakan tong drum. Naskhah Al-Quran lama dan rosak diricih terlebih dahulu menggunakan mesin perincih (shredder) sebelum dibakar.

 Julai 2012

  1. Pembakaran menggunakan Relau tanpa proses ricihan.
  2. Kemampuan sebuah Relau adalah sebanyak 140 kg untuk sekali pembakaran.
  3. Proses pembakaran mengambil masa 8 jam hingga 12 jam.

 2015

 Penghantaran naskhah Al-Quran yang rosak oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan (JAHEAIK) untuk dilupuskan (akibat daripada banjir besar melanda pada tahun 2014).

 

 Mac 2016

Satu inovasi baru diperkenalkan iaitu pembentukan kiub abu Al-Quran.

Merupakan satu inisiatif bagi tujuan:

 (1)    Memudahkan penyusunan dan penyimpanan    sementara kiub abu Al-Quran sebelum ia dilupuskan.

 (2)  Mengelakkan abu berterbangan semasa proses pembuangan ke laut.

November 2016

JHEAT menerima 2 buah Relau sumbangan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) bagi melancarkan proses pelupusan dan mengatasi masalah lambakan naskhah Al-Quran yang rosak / lama.

 Mulai Julai 2017

sehingga kini 2020

Aktiviti-aktiviti Pelupusan Al-Quran di JHEAT menggunakan dua ( 2 ) buah relau yang masih berfungsi dengan baik.

 

 Sehingga kini

Sehingga ke hari ini, JHEAT terus menerima Al-Quran / kitab lama atau rosak dan bahan-bahan bercetak ayat Al-Quran untuk dilupuskan dari pelbagai pihak termasuk jabatan kerajaan dan swasta, institusi pengajian tinggi, masjid, sekolah, madrasah dan orang awam.

Klik Untuk Muat turun

Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu,

Pusat Pentadbiran Islam,

Kompleks Sri Iman,

Jalan Sultan Mohamed,

20676 Kuala Terengganu,

Terengganu Darul Iman.

096252525

 09-6235185

 

  adminjheat@terengganu.gov.my

Go to top