- LATAR BELAKANG PELUPUSAN AL-QURAN JHEAT
TAHUN |
PERKARA |
Bermula Oktober 2011 |
Proses pembakaran menggunakan tong drum. Naskhah Al-Quran lama dan rosak diricih terlebih dahulu menggunakan mesin perincih (shredder) sebelum dibakar. |
Julai 2012 |
|
2015 |
Penghantaran naskhah Al-Quran yang rosak oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan (JAHEAIK) untuk dilupuskan (akibat daripada banjir besar melanda pada tahun 2014).
|
Mac 2016 |
Satu inovasi baru diperkenalkan iaitu pembentukan kiub abu Al-Quran. Merupakan satu inisiatif bagi tujuan: (1) Memudahkan penyusunan dan penyimpanan sementara kiub abu Al-Quran sebelum ia dilupuskan. (2) Mengelakkan abu berterbangan semasa proses pembuangan ke laut. |
November 2016 |
JHEAT menerima 2 buah Relau sumbangan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) bagi melancarkan proses pelupusan dan mengatasi masalah lambakan naskhah Al-Quran yang rosak / lama. |
Mulai Julai 2017 sehingga kini 2020 |
Aktiviti-aktiviti Pelupusan Al-Quran di JHEAT menggunakan dua ( 2 ) buah relau yang masih berfungsi dengan baik.
|
Sehingga kini |
Sehingga ke hari ini, JHEAT terus menerima Al-Quran / kitab lama atau rosak dan bahan-bahan bercetak ayat Al-Quran untuk dilupuskan dari pelbagai pihak termasuk jabatan kerajaan dan swasta, institusi pengajian tinggi, masjid, sekolah, madrasah dan orang awam. |