PENERIMAAN DAN PENGUMPULAN MUSHAF AL-QURAN LAMA & ROSAK SERTA BAHAN BERCETAK YANG MENGANDUNGI AYAT-AYAT AL-QURAN
__________________________________________________________________________
JABATAN HAL EHWAL AGAMA TERENGGANU (JHEAT)
(Bahagian Penyelidikan)
- Tapak Pelupusan Al-Quran, Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu merupakan pusat pengumpulan utama dan tempat penyimpanan mushaf Al-Quran lama dan rosak serta bahan-bahan bercetak yang mengandungi ayat-ayat Al-Quran.
- Ia berperanan menerima dan mengumpul bahan dan teks Al-Quran lama dan rosak daripada pelbagai pihak untuk dilupuskan. Permohonan pelupusan ini adalah terdiri daripada pelbagai pihak iaitu orang awan, jabatan kerajaan dan swasta, institusi pengajian tinggi, sekolah, madrasah, masjid, surau dan lain-lain.
- Proses pelupusan Al-Quran dilaksanakan adalah mengikut S.O.P yang telah ditetapkan bermula daripada penerimaan bahan pelupusan, merekod data penerimaan, penyusunan dan penyimpanan bahan lupus, seterusnya proses pembakaran menggunakan relau, proses pembentukan kiub abu Al-Quran, dan akhirnya proses pelupusan kiub abu Al-Quran ke laut.
PEJABAT – PEJABAT AGAMA DAERAH
- Pejabat-pejabat Agama Daerah Negeri Terengganu adalah berperanan sebagai tempat pengumpulan sementara bagi mushaf Al-Quran lama dan rosak serta bahan-bahan bercetak yang mengandungi ayat-ayat Al-Quran untuk dilupuskan sebelum ianya dihantar ke Tapak Pelupusan Al-Quran, JHEAT.
- Pengumpulan bahan dan teks Al-Quran lama dan rosak di Pejabat Agama Daerah ini merupakan satu kemudahan kepada orang ramai dan pelbagai pihak yang ingin menghantar bahan pelupusan.
- Ia juga merupakan satu kaedah bagi memastikan mushaf Al-Quran lama dan rosak serta bahan-bahan bercetak yang mengandungi ayat-ayat Al-Quran dilupuskan mengikut saluran yang betul demi menjaga martabat dan kesucian Al-Quran.