TATACARA PENGHANTARAN MUSHAF AL-QURAN LAMA DAN ROSAK SERTA BAHAN BERCETAK YANG MENGANDUNGI AYAT-AYAT AL-QURAN
_______________________________________________________________________________
- Menghantar mushaf Al-Quran dan bahan bercetak yang mengandungi ayat-ayat Al-Quran dalam keadaan kering.
- Disusun secara kemas dan teratur di dalam kotak atau plastik yang diikat rapi.
- Tidak bercampur dengan bahan yang tidak berkenaan seperti kaca / plastik / bingkai gambar dan hiasan, dan seumpamanya.
- Memaklumkan kepada pegawai atau petugas satu ( 1 ) hari bekerja sebelum menghantar mushaf Al-Quran atau bahan teks Al-Quran untuk dilupuskan.
- Penghantaran bahan pelupusan / mushaf Al-Quran dan bahan bercetak yang mengandungi ayat-ayat Al-Quran adalah di bawah tanggungjawab pemohon. Tiada perkhidmatan penghantaran / pemunggahan oleh pihak JHEAT.
- Bagi pihak Pejabat Agama Daerah, perlu memaklumkan terlebih dahulu kepada pegawai atau petugas di JHEAT bagi tujuan pelupusan sekurang-kurangnya tujuh ( 7 ) hari bekerja sebelum kerja-kerja pemunggahan dilakukan oleh pihak JHEAT.
- Mengisi dan menyerahkan borang permohonan Pelupusan Mushaf Al-Quran dan Bahan Bercetak Ayat-Ayat Al-Quran kepada pegawai atau petugas semasa menghantar bahan teks Al-Quran untuk dilupuskan.
Muslimin / muslimat adalah DILARANG:
- Membakar / meletakkan mushaf Al-Quran dan bahan bercetak yang mengandungi ayat-ayat Al-Quran dalam apa jua keadaan yang tidak menghormati kesucian Islam tanpa pengetahuan / pengawasan pegawai Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT).
- Menjual / menghantar mushaf Al-Quran dan bahan bercetak yang mengandungi ayat-ayat Al-Quran kepada pihak kitar semula untuk apa-apa tujuan sekalipun.
- Menghantar mushaf Al-Quran yang masih berkeadaan baik.
- Mengambil apa-apa bahan untuk dilupuskan yang disimpan di tapak pelupusan Al-Quran JHEAT.