Menu

Pagi ini,  Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu telah mengadakan Program Tazkirah Bulanan untuk slot solat Sunat Dhuha dan Tazkirah.  Solat Dhuha telah di pimpin oleh  Ustaz Muhammad Ash Shafie Bin Abd Manan yang mewakili Imam Besar Negeri Terengganu.  Seusai solat dhuha, sambungan bacaan al-quran Surah Al-Baqarah bermula ayat 6-20 dan tazkirah bulanan telah disampaikan oleh YB Ustaz Ridzuan Bin Hashim, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah Dan Penerangan Negeri Terengganu.  Antara intipati tazkirah beliau ialah bagaimana mengenali golongan munafik yang sukar untuk dikenali tetapi diberi panduan oleh Allah dan terdapat surah khas di dalam alquran bagi mengenali golongan ini.

Program ini akan diadakan setiap hari Khamis setiap awal bulan di setiap jabatan kerajaan di bawah portfolio Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan Negeri.

Diharapkan agar program bulanan ini akan dapat memberi manfaat kepada semua kakitangan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu.

Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu,

Pusat Pentadbiran Islam,

Kompleks Sri Iman,

Jalan Sultan Mohamed,

20676 Kuala Terengganu,

Terengganu Darul Iman.

096252525

 09-6235185

 

  adminjheat@terengganu.gov.my

Go to top