Menu

 

4 September 2019 (Rabu) bertempat di Dewan Auditorium JHEAT telah diadakan Program Kesedaran Halal Kepada Penjawat Awam (Diskusi Halal : Isu & Cabaran Industri Halal) yang dianjurkan oleh Bahagian Pengurusan Halal JHEAT.  Diskusi ini bertujuan untuk memberi kefahaman dan maklumat berkaitan perkembangan industri Halal di Negeri Terengganu khususnya dan memberi kesedaran berkaitan isu dan cabaran dalam industri makanan halal.  Panel terdiri daripadan Ustaz Muhammad Hawari bin Hassan, Penolong Pengarah Kanan JAKIM dan Encik Saharuddin Bin mohd Kia, Pengarah KPDNHEP Negeri Terengganu dan Ustaz Haji Shukri Faiz bin Jusoh, Penolong Kanan Pesuruhjaya, Bahagian Undang-undang Keluarga JHEAT sebagai Moderator.

Antara soalan-soalan yang dikemukan ialah peranan KPDNHEP dalam memperkasa industri Halal di Malaysia, Apakah undang-undang yang boleh digunakan dalam penguatkuasaan berkaitan Halal dan apakah denda yang boleh dikenakan sekiranya melanggar peraturan, konsep halal dari perspektif agama dan peranan JAKIM dalam pengurusan Halal di Malaysia dan beberapa lagi soalan yang merujuk kepada konsep Halal di Malaysia.

Halal ialah panduan untuk islam dan bukan islam bagi perkara yang tidak jelas.  Pemakaian dan pameran logo Halal di premis perlulah menggunakan logo halal yang betul yang telah dikeluarkan oleh Jakim.  Sekiranya berlaku penipuan, premis atau peniaga boleh didakwa di bawah Akta Perihal Dagangan 2011. Kaedah untuk mendapatkan halal ialah zat fizikal halal, produk diperolehi dengan cara yang betul dan cara proses atau penyediaan produk yang betul mengikut panduan yang ditetapkan dan bersih.

Bagi pengguna online pula, adalah menjadi tanggungjawab untuk memastikan penjual berdaftar dengan SSM BizTrust.  SSM BizTrust adalah alternatif kepada para usahawan dalam talian meningkatkan keyakinan pembeli dan memastikan perniagaan online lebih selamat dan tiada pengguna akan ditipu.

Peranan pengguna dalam memastikan industri halal bergerak dengan baik ialah dengan cara mempromosikan produk halal muslim, melaporkan kepada KPDNHEP jika kedapatan penyalahgunaan logo Halal melalui aplikasi EZ ADU, email, telefon atau boleh ke pejabat KPDNHEP sendiri.  Pengguna juga boleh menghantar aduan melalui WhatsApp di nombor 019-2794317. 

Kesimpulannya, sebagai orang islam, perlulah mencari produk halal melalui dua cara iaitu melalui persijilan Halal dan halal syarak.  Sebagai pengguna yang bijak, KPDNHEP menasihatkan agar mengelakkan urusan secara verbal.  Sebarang urusan perlulah mempunyai bukti seperti bil dan sebagainya.  Sebarang tuntutan gantirugi berkenaan pembelian barangan atau perkhidmatan bolehlah dibuat di Tribunal Aduan Pengguna di tingkat 3 Wisma Persekutuan.

Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu,

Pusat Pentadbiran Islam,

Kompleks Sri Iman,

Jalan Sultan Mohamed,

20676 Kuala Terengganu,

Terengganu Darul Iman.

096252525

 09-6235185

 

  adminjheat@terengganu.gov.my

Go to top