Majlis Penyampaian Sumbangan kepada Pondok, tahfiz dan Sekolah Agama Rakyat (SAR) serta Majlis Pelancaran Program Latihan Kemahiran di Pondok Tahun 2019 adalah di bawah Manifesto memberi bantuan perkapita kepada Pondok, Tahfiz, dan Sekolah Agama Rakyat di negeri Terengganu Darul Iman.

Memetik ucapan aluan daripada YB Haji Satipul Bahari Bin Mamat , Terengganu merupakan pusat tamadun awal islam yg dikembangkan oleh tuan guru di pondok. Masih mengekalkan kitab turos dan melahirkan individu yang akan berkhidmat kepada masyarakat dlm membangunkan pembinaan insan di dalam dan di luar Terengganu.  YB Haji Satipul Bahari juga memaklumkan pihak kerajaan bersama-sama TATI mewujudkan skim Fast Track huffaz di mana pelajar yg menghafal al-quran dan ingin mengambil SPM, akan disediakan bantuan kewangan di TATI agar mereka mendapat ruang dan peluang untuk mereka bergerak dengan lebih luas.

Dimajlis itu juga, dilancarkan Program Latihan Kemahiran di Pondok agar pelajar mempunyai kemahiran dalam bidang-bidang yang diminati dan boleh berdikari apabila keluar nanti. Mereka bukan hanya mendapat pendidikan kitab turos tetapi juga mendapat ilmu pengetahuan kemahiran  dan boleh menjadi usahawan untuk berkhidmat dalam masyarakat.  Kerjasama dengan TTITC Hulu Terengganu sebagai permulaan.

Majlis ini telah dirasmikan oleh Menteri Besar Terengganu, YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri Bin Mokhtar.  Menteri Besar Terengganu berkata “membina ummah dan bangsa yg hebat mestilah bermula dengan pendidikan. Bagi melaksanakan tujuan ini, Kerajaan Negeri Terengganu telah meluluskan sejumlah RM3.875 juta ringgit sumbangan kepada SAR, Tahfiz dan Institusi pondok.  Semoga dengan peruntukan ini dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya dan membantu untuk mencapai keseimbangan antara kejayaan dunia dan akhirat demi melahirkan masyarakat beriman dan bertaqwa kepada Allah s.wt.

Berikut merupakan jumlah yang agihan kepada Pondok, Tahfiz, dan Sekolah Agama Rakyat:

  1. Sekolah Agama Rakyat RM 920 ribu yang terdiri daripada 11 buah sekolah agama rakyat

Sek pondok dan tahfiz :

  1. Kuala Terengganu RM760 ribu yang terdiri daripada 22 bil institusi pendidikan
  2. Kuala Nerus RM 310 ribu yang terdiri daripada 8 institusi pendidikan
  3. Marang RM 315 ribu yang terdiri daripada 10 institusi pendidikan
  4. Hulu Terengganu RM 245 ribu yang terdiri daripada 7 institusi pendidikan
  5. Dungun RM 265 ribu yang terdiri daripada 7 institusi pendidikan
  6. Kemaman RM 575 ribu yang terdiri daripada 19 institusi pendidikan
  7. Setiu RM 155 ribu yang terdiri daripada 7 institusi pendidikan
  8. Besut RM 330 ribu yang terdiri daripada 12 institusi pendidikan

70686523_2647551258623662_1453497781430779904_n.jpg IMG_1897.JPG IMG_1902.JPG

IMG_1905.JPG IMG_1907.JPG IMG_1911.JPG

IMG_1915.JPG IMG_1916.JPG IMG_1919.JPG

IMG_1920.JPG IMG_1921.JPG IMG_1927.JPG

IMG_1930.JPG IMG_1932.JPG IMG_1935.JPG

IMG_1936.JPG IMG_1940.JPG IMG_1941.JPG

IMG_1947.JPG IMG_1949.JPG IMG_1952.JPG

IMG_1957.JPG IMG_1958.JPG IMG_1959.JPG

IMG_1964.JPG IMG_1969.JPG IMG_1970.JPG

IMG_1971.JPG IMG_1972.JPG IMG_1974.JPG

IMG_1991.JPG IMG_1997.JPG IMG_2015.JPG

IMG_2019.JPG IMG_2021.JPG IMG_2022.JPG

IMG_2027.JPG tumb_ibtida.jpg