Menu

 

KENYATAAN MEDIA

PESURUHJAYA HAL EHWAL AGAMA

TERENGGANU

 

BERKENAAN

 

MAJLIS TILAWAH DAN MENGHAFAZ AL-QURAN

 PERINGKAT NEGERI TERENGGANU DARUL IMAN

TAHUN 1441H/2020M

 

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamulaikum warahmatullahi wabarakatuh

 

Sukacita dimaklumkan bahawa Kerajaan Negeri Terengganu akan menganjurkan Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Negeri (MTHQN) Ke-63 Tahun 1441H/2020M yang dijadualkan selama 3 hari bermula pada 21 hingga 23 Januari 2020M (Selasa hingga Khamis) bersamaan 25 hingga 27 Jamadil Awal 1441H bertempat di Dewan Merdeka, Kota Putera Square (KPS), Kg Raja, Besut, Terengganu.

 

Pada tahun ini, Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Negeri dan Majlis Menghafaz al-Quran Peringkat Negeri diadakan serentak seperti tahun yang lalu. Untuk makluman Majlis Menghafaz al-Quran Peringkat Negeri diadakan bermula jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari, manakala Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Negeri akan bermula pada jam 8.40 malam hingga 11.00 malam.

 

Penganjuran Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Negeri ini akan disempurnakan perasmian pembukaannya oleh YAB Dato’ Seri Ahmad Samsuri bin Mokhtar, Menteri Besar Terengganu pada 21 Januari 2020 (Selasa) jam 8.30 malam. Manakala Majlis Perasmian Penutup dan Pengurniaan Hadiah pula akan disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu pada 23 Januari 2020 (Khamis) jam 8.40 malam.

 

Bagi acara Menghafaz al-Quran Peringkat Negeri pula, Majlis Perasmian Penutup akan disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Ahmad Samsuri bin Mokhtar, Menteri Besar Terengganu pada 23 Januari 2020 (Khamis) jam 10.45 pagi.

 

Oleh itu, orang ramai adalah dijemput hadir bagi menyaksikan secara langsung alunan bacaan ayat-ayat suci al-Quran oleh para peserta dan kemeriahan penganjuran majlis ini.

 

Sehubungan itu, dipohon jasa baik pihak media mewar-warkan penganjuran majlis ini dan membuat liputan bermula tarikh 21 hingga 23 Januari 2020 setiap hari bertempat di Dewan Merdeka, Kota Putera Square (KPS), Kg Raja, Besut, Terengganu.

 

Sekian, terima kasih

 

 

HAJI MAT AZMI BIN ARSHAD

Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama

Terengganu

1 Januari 2020

 

Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu,

Pusat Pentadbiran Islam,

Kompleks Sri Iman,

Jalan Sultan Mohamed,

20676 Kuala Terengganu,

Terengganu Darul Iman.

096252525

 09-6235185

 

  adminjheat@terengganu.gov.my

Go to top