Menu

Kempen Derma Darah telah diadakan di Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) yang bertempat di Dewan Terbuka JHEAT pada 16 Julai 2020 (Khamis), jam 9.00 pagi sehingga 2.00 petang. Kempen ini dianjurkan oleh Badan Kebajikan dan Sukan Jabatan Agama Terengganu (BERKAT). Seramai 41 orang peserta yang mendaftar untuk menderma darah dan seramai 37 orang peserta yang layak untuk menderma darah di dalam kempen ini.  Para peserta yang menderma darah telah memberi kerjasama yang baik dengan mengikuti kempen ini dan para peserta juga turut diberi sijil penghargaan yang disediakan oleh pihak Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).  Terima kasih dan tahniah diucapkan  kepada para penderma darah serta kepada semua kakitangan yang terlibat di dalam Kempen Derma Darah pada kali ini.

 

Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu,

Pusat Pentadbiran Islam,

Kompleks Sri Iman,

Jalan Sultan Mohamed,

20676 Kuala Terengganu,

Terengganu Darul Iman.

096252525

 09-6235185

 

  adminjheat@terengganu.gov.my

Go to top