Menu

 

  

Bahagian Pengurusan Halal, Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu telah mengadakan Kursus Tauliah Penyembelih Siri 1/2021 pada 6 & 7 April 2021 (Selasa & Rabu) bertempat di Masjid Nur Bakti, Gong Badak & Kompleks Abatoir Gong Badak, Kuala Terengganu
Seramai 23 orang peserta yang terdiri dari mereka yang bekerja di Rumah Sembelihan Unggas Dan Ruminan sekitar Negeri Terengganu. Semua peserta perlu melalui empat (4) sesi iaitu sesi ceramah dari tiga (3) Jabatan iaitu Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu, Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu, sesi Amali Sembelihan, sesi Ujian Bertulis Dan sesi Temuduga.
 
Kursus ini bertujuan untuk:-
1. Memberi pendedahan kepada peserta khususnya mereka yang bekerja di rumah sembelih mengenai proses penyembelihan halal dan konsep pengurusan penyembelihan halal.
2. Melatih peserta melakukan penyembelihan mengikut syarak melalui amali sembelihan secara langsung.
3. Untuk meningkatkan pengetahuan penyembelih terhadap isu-isu berkaitan penyembelihan halal.
4. Untuk melahirkan penyembelih yang bertauliah dalam mengamalkan prinsip dan peraturan mengikut hukum syarak serta mengamalkan tahap kebersihan yang terjamin

Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu,

Pusat Pentadbiran Islam,

Kompleks Sri Iman,

Jalan Sultan Mohamed,

20676 Kuala Terengganu,

Terengganu Darul Iman.

096252525

 09-6235185

 

  adminjheat@terengganu.gov.my

Go to top