Program Misi Bantuan Pasca Banjir Anjuran Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu Dengan Kerjasama Badan Kebajikan Dan Sukan (BERKAT) Tahun 2022 Di Daerah Besut Dan Setiu.
Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Terengganu dan pegawai-pegawai JHEAT menyampaikan sumbangan Kit Solat Dan Wang Tunai kepada mangsa banjir di Kg. Keruak, FELCRA Keruak, Kg. Belaoh, PPRT Belaoh, Paksik Dan Batu 13, Besut. Serta daerah Setiu di Kg. Padang, Kg. Seladang, Kg. Besut, Hulu Setiu.
Jutaan Terima kasih kepada para penyumbang untuk misi banjir ini. Semoga dengan sumbangan ini mampu meringankan beban mangsa dan menceriakan mereka yang kurang bernasib baik. Semoga apa yang diberikan ini mendapat redha Allah SWT.



