Buku ini amat berguna untuk dijadikan rujukan kepada masyarakat di Negeri Terengganu.  Ibadat korban ialah menyembelih binatang-binatang ternakan seperti unta, lembu, kerbau, kambing dan biri-biri yang dilaksanakan pada Hari Raya Aidil Adha dan Hari Tasyrik.  Ibadat ini dilakukan sebagai menyahut seruan Allah s.w.t untuk mengingati peristiwa yang berlaku kepada Nabi Ibrahim A.S yang mengorbankan anak baginda sendiri, Nabi Ismail a.s bagi menyahut seruan Allah s.w.t.