Buku yang ditulis oleh Dato' Haji Omar Bin Musa ini berkisar mengenai bulan-bulan islam, kelebihannya dan ap-apa amalan yang wajar dilaksanakan terutama dalam bulan Muharam. Dalam buku ini setiap isu dihuraikan di bawah fasal yang bersaingan bagi memudahkan para pembaca meneliti dan memahaminya. Antara isu yang dibincangkan di dalam buku ini ialah Sejarah Puasa Asyura, Cara berpuasa Asyura, kelebihan berpuasa dan banyak lagi.