Daripada Salman R.Anhu berkata bahawa Rasulullah S.A.W. telah berkhutbah kepada kami pada hari terakhir bulan Sya'ban :"Wahai manusia! Telah datang kepada kamu satu bulan yang agung lagi diberkati.  Satu bulan yang dalamnya terdapat satu malam (Lailatulqadar) yang lebih baik daripada seribu bulan.  Satu bulan yang Allah S.W.T. telah menjadikan puasa pada siangnya sebagai satu amalan fardhu dan berdiri pada malam harinya (berterawih) sebagai satu amalan sunat. Sesiapa yang cuba menghampiri Allah pada bulan itu dengan amalan sunat. Sesiapa yang cuba menghampiri Allah pada bulan itu dengan mana- mana amalan sunat maka seumpama seseorang yang telah menunaikan satu fardhu pada bulan-bulan yang lain dan sesiapa yang menunaikan satu fardhu pada bulan itu adalah seumpama seorang yang menunaikan 70 fardhu pada bulan-bulan lain.

Riwayat Ibnu Khuzaimah di dalam sahihnya