Silaturrahim adalah amalan yang disukai Allah. Di antara amalan yang disukai Allah ialah beriman kepadaNya. Kemudian diikuti oleh amalan menjalinkan hubungan silaturrahim. Ini berdasarkan kepada riwayat Abu Ya'la di mana seorang lelaki telah bertanya kepada Rasulullah S.A.W. tentan amalan yang paling disukai oleh Allah.  Baginda telah menjawab dengan ringkas dengan bersabda beriman kepada Allah dan hubungan silaturrahim.