Buku ini membincangkan mengenai hadiah dan hukum memberi hadiah dengan mengemukakan fatwa-fatwa para ulama mengenai hukum hadiah.  Kebanyakan masyarakat pada masa kini tidak dapat membezakan antara hadiah dan rasuah kerana ada kalanya rasuah terjadi di dalam bentuk hadiah. Oleh itu buku ini akan mengupas sedikit sebanyak mengenai definisi hadiah, rasuah dan hubung kait antara keduanya.