Kehidupan di dunia ini adalah suatu nikmat yang amat besar bagi setiap yang bernyawa. Walau demikian, ia merupakan kurniaan sementara dan seringkali pelbagai ujian kesakitan, kesusahan dan kematian silih berganti melanda kehidupan kita.  Kesedihan yang berlaku kerana kematian amat menusuk kalbu dan meninggalkan kesan duka yang lama di dalam kehidupan setiap individu yang berkaitan dengan musibah kematian tersebut. Baginda Nabi S.A.W. menganjurkan umatnya supaya memantapkan keimanan dan ketakwaan di dalam menghadapi ujian kematian dengan mengukuhkan tahap kesabaran yang tinggi di dalam sanubari.