Menu

1. Apakah syarat untuk memohon Sijil Halal?

-SSM/SKM
-Lesen PBT/Surat Sokongan Agensi Pembimbing
-Premis yang berasingan

2.Bagaimana nak tau berkenaan status Halal sesuatu produk/premis?
- Sila layari directory Halal

3. Berapa lama tempoh permohonan pensijilan halal
-sebulan  hingga 3 bulan bergantung kepada komitmen pemohon sendiri

4. Bagaimana cara untuk memohon Sijil Halal?
- Permohonan secara atas talian sistem.halal.gov.my/myehalal

5.Apakah warna sebenar Logo Halal?
-Tiada warna yang spesifik tetapi perlu mengikut spesifikasi logo Halal Malaysia

6. Bagaimanakah cara untuk membuat aduan atau laporan tentang aktiviti ajaran atau perkara meragukan?
 
Aduan atau laporan tentang aktiviti atau perkara ajaran meragukan bolehlah dibuat dengan mengisi borang aduan di Bahagian Penyelidikan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan pada waktu pejabat setiap hari bekerja.

7. Apakah ciri-ciri yang membolehkan sesuatu ajaran itu dikategori sebagai meragukan?

•    Mengaku dirinya sebagai Rasul, Nabi, Imam Mahdi atau mana-mana wali
•    Guru atau murid membuat pengakuan menerima wahyu
•    Mengaku dirinya dan gurunya maksum
•    Huruf-huruf dalam kalimah tertentu hanyalah lambang
•    Mengamalkan nikah batin
•    Boleh menqasar dan menjamakkan sembahyang pada bila-bila masa dan di mana-mana jua
•    Menghalalkan sesuatu yang diharamkan oleh Allah
•    Memansuhkan Syariat Islam dan membuat syariat baru yang terpesong daripada Syariat Islam
•    Dikehendaki memuja mana-mana orang, binatang, tempat atau benda-benda yang seumpamanya
•    Mendakwa dirinya mengetahui peristiwa atau perkara di luar pengetahuan atau pemahaman manusia

Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu,

Pusat Pentadbiran Islam,

Kompleks Sri Iman,

Jalan Sultan Mohamed,

20676 Kuala Terengganu,

Terengganu Darul Iman.

096252525

 09-6235185

 

  adminjheat@terengganu.gov.my

Go to top