eBuletin
 
Promosi Web
E-kursus Online
HRMIS
E-SPEKS(maklumat status pembayaran, slip gaji)
Emel -( mail @terengganu.gov.my )
myGovernment
Maidam
Facebook Jheat
Twitter Jheat
 
Renungan

"Aku telah mendapat seorang anak, kemudian membawanya kepada Nabi S.A.W. Baginda menamakannya Ibrahim, lalu mentahnikkannya (memecahkan mulutnya) dengan sebiji kurma." 


Hadis riwayat Abu Burdah daripada Abu Musa r.a

 


 
Video Secara Langsung
Tiada rekod
 
Peti Undi
Kriteria Terpenting Dalam Laman Web Kerajaan :


Keputusan undian sedang direkodkan. Sila tunggu...

 
LAMAN UTAMA > MISI, OBJEKTIF & PIAGAM PELANGGAN

MISI

...

Merealisasikan matlamat dan wawasan Kerajaan Negeri ke arah menjadikan Islam sebagai Ad-din.

Melahirkan keluarga Islam yang berdaya saing dan berpegang kepada ajaran agama.

  

OBJEKTIF

...

Melahirkan masyarakat yang menjadikan Islam sebagai cara hidup ( ad-din ) meliputi aspek-aspek
akidah, akhlak, ekonomi, sosial, pendidikan dan kebudayaan.

Menegak keadilan mengikut hukum-hukum Islam serta mengawal dan membasmi kemungkaran
murtad, bidaah dholalah, maksiat, khurafat dan lain-lain yang menjejaskan kesucian Islam.

 

PIAGAM PELANGGAN

...

Kami menjamin :

1. Memberi perkhidmatan yang mesra dan berkualiti serta ikhlas, cekap, tepat dan adil kepada semua pelanggan selaras dengan fungsi Jabatan.

2. Menyelesaikan masalah-masalah pelanggan menerusi kaunseling profesional yang berkaitan Undang-undang Keluarga Islam dalam masa yang munasabah.

3. Mengadakan program Dakwah yang berkesan untuk meningkatkan kefahaman Islam, membanteras penyelewengan akidah dan amalan yang bertentangan dengan Mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah di kalangan masyarakat melalui seminar, kursus, ceramah, penerbitan buku dan khutbah.

4. Memberi maklumat berhubung dengan kemasukan pelajar-pelajar ke Sekolah Menengan Agama Kerajaan Negeri dalam masa dua bulan.

5. Memberi pendidikan yang cemerlang disamping mata pelajaran lain dalam tempoh pengajian yang ditetapkan di sekolah-sekolah agama di bawah jabatan ini.

6. Memproses setiap permohonan yang lengkap dan memuaskan, serta dapat diselesaikan dalam tempoh yang tidak melebihi dua minggu.

7. Penyediaan bayaran diselesaikan dalam tempoh dua minggu daripada tarikh tuntutan diterima.

8. Akan bersedia menerima secara terbuka teguran dan kritikan yang membina dan berazam untuk membetulkannya

 

 



 « BACK