eBuletin
 
Promosi Web
TAKWIM SOLAT
myGovernment
JPA
HRMIS
e-Direktori
E-Khutbah
 
Renungan

Rasulullah s.a.w bersabda:



“dua golongan penghuni neraka yang mana aku sendiri belum pernah melihat keadaan mereka didunia: golongan yang membawa cemeti seperti seekor lembu lalu menggunakannya untuk memukul manusia dan juga kaum wanita yang berpakaian seperti bertelanjang, menggoyangkan badan dan berlenggang-lenggok, kepala mereka ada suatu seperti bonggol di kepala unta yang bergoyang-goyang. Mereka tentu tidak akan memasuki syurga atau mencium baunya sedangkan bau syurga itu dapat dihidu dari jarak perjalanan begitu dan begini”



–hadith riwayat Muslim. Hadith no 212-


 
Video Secara Langsung
Tiada rekod
 
Peti Undi
Kriteria Terpenting Dalam Laman Web Kerajaan :


Keputusan undian sedang direkodkan. Sila tunggu...

 
LAMAN UTAMA > Penyelidikan

CARTA ORGANISASI

LIHAT CARTA ORGANISASI BAHAGIAN PENYELIDIKAN

OBJEKTIF


  • Untuk  membebaskan masyarakat Islam daripada unsur-unsur yang kurang pasti, syak dan waham dalam akidah.
  • Memberikan kesedaran tentang kesucian serta kehalalan sesuatu produk makanan dan bahan guna untuk orang Islam.
  • Membongkarkan dan membasmi penyelewengan akidah dan ajaran sesat serta memelihara kesucian akidah umat Islam dari sebarang unsur penyelewengan berlandaskan Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.
  • Penapisan terhadap buku-buku, majalah-majalah dan lain-lain bahan bercetak yang diragui dan bertentangan dengan hukum syarak.


MISI

 

  • Memelihara Aqidah Islam dari ancaman pengaruh luar, ajaran sesat dan khurafat serta memartabatkan kesucian makanan dan barangan gunaan masyarakat Islam dengan konsep Halal.
  • Memelihara dan mengawalselia bahan bacaan bercetak atau penerbitan dari sebarang fakta yang meragukan umat Islam.

 

VISI


  • Melahirkan masyarakat berakidah, berakhlak mulia dan menggunakan barangan dan makanan halal.
  • Memelihara pemikiran ummah dari gejala negatif yang meragukan.


MOTO

DINAMIK ~ PROGRESIF ~ INFOMATIF

 

  • Dinamik moral atau dayakuasa yang membawa kepada kemajuan dan perubahan.
  • Progresifperubahan yang membawa kepada kemajuan.
  • Informatif keterangan dan bermaklumat.




TERDAPAT 4 UNIT UTAMA DI BAHAGIAN PENYELIDIKAN

 

  • Unit Pentadbiran
  • Unit Pengurusan Halal
  • Unit Aqidah dan Syariah
  • Unit Penapisan Media

 

               FUNGSI UNIT PENTADBIRAN

             Mentadbir segala urusan yang berkaitan dengan Bahagian Penyelidikan.

                        MOTO ~ “DINAMIK- PROGRESIF- INFORMATIF”

 

2.                              FUNGSI UNIT PENGURUSAN HALAL

  • Unit yang bertanggungjawab sebagai urusetia dalam memproses permohonan Sijil Pengesahan dan Logo Halal.
  • Bertanggungjawab mengeluarkan Sijil Pengesahan dan Logo Halal.
  • Bertanggungjawab memastikan tahap halal dan bersih sesuatu produk makanan dan bahan gunaan orang Islam.
  • Memantau bagi memastikan standard halal sentiasa dipatuhi.
  • Memproses Sijil Pengesahan Penyembelihan dengn mengadakan temuduga dan ujian praktikal kepada pemohon-pemohon Sijil Penyembelihan Negeri Terengganu.
  • Mewujudkan panel-panel pemeriksa daripada agensi/jabatan lain antaranya :                          

·        Jabatan Kimia

·        Universiti Malaysia Terengganu

·        KPDN/KK

·        Jabatan Kesihatan Negeri

·        Jabatan Perkhidmatan Haiwan

·        Pihak Berkuasa Tempatan

·        Jabatan Mufti

                       MOTO ~ “PRODUK HALAL MEMBAWA BERKAT”

                           

                            FUNGSI UNIT AQIDAH DAN SYARIAH

  • Membuat penyelidikan dan siasatan yang berkaitan dengan penyelewengan aqidah, ajaran sesat dan lain-lain kegiatan serta perlakuan yang diragui serta bercanggah dengan hukuman syarak.
  • Membuat pengesyoran tentang langkah-langkah yang patut diambil kepada lain-lain bahagian.

                       MOTO ~ “AKIDAH TERPELIHARA MENJANA KEMAJUAN UMMAH”

      FUNGSI UNIT PENAPISAN MEDIA

 

  • Merancang, menentukan strategi serta melaksanakan program-program penapisan di Bahagian Penyelidikan.
  • Membuat lawatan ke kedai-kedai buku dan syarikat percetakan. 
  • Membuat penapisan buku/majalah-majalah dan lain-lain bahan bacaan yang diragui bertentangan dengan ajaran Islam.
  • Membuat penapisan dan berusaha untuk menghalang mana-mana audio visual yang diragui bercanggah dengan syariat Islam.
  •  Mengeluarkan fakta-fakta yang salah dan mengambil tindakan di bawah Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir)(Enakmen No.7/2001)
  • Membantu masyarakat mengenalpasti bahan gunaan orang Islam yang diragui/bercanggah dengan hukum Islam.

                     MOTO ~ “MEMELIHARA INFORMASI BERKUALITI

 



 « BACK