eBuletin
 
Promosi Web
TAKWIM SOLAT
myGovernment
JPA
HRMIS
e-Direktori
E-Khutbah
 
Renungan

Dia lah yang menjadikan bumi ini untuk kamu sebagai hamparan, dan langit (serta segala isinya) sebagai bangunan (yang dibina dengan kukuhnya); dan diturunkanNya air hujan dari langit, lalu dikeluarkanNya dengan air itu berjenis-jenis buah-buahan yang menjadi rezeki bagi kamu; maka janganlah kamu mengadakan bagi Allah, sebarang sekutu, padahal kamu semua mengetahui (bahawa Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa).


-Al-Baqarah Ayat 22


 
Video Secara Langsung
Tiada rekod
 
Peti Undi
Kriteria Terpenting Dalam Laman Web Kerajaan :


Keputusan undian sedang direkodkan. Sila tunggu...

 
LAMAN UTAMA > Undang-Undang Keluarga

1.    OBJEKTIF

a.    Merealisasikan syariat islam dalam bidang munakahat

b.    Memastikan pegawai-pegawai menjalankan tugas mengikut hukum syarak, enakmen dan peraturan yang dikuatkuasa.

c.    Member kefahaman kepada bakal pengantin

d.    Membantu pasangan menangani permasalahan rumahtangga

e.    Mengurangkan kadar perceraian

f.     Memelihara institusi jurunikah dari imej yang melunturkan standard moralnya.

 

2.    BIDANG TUGAS

a.    Pengurusan keluarga islam

b.    Merancang, mengurus dan mengendali kursus pra perkahwinan

c.    Member khidmat nasihat keluarga islam

d.    Menguatkuasa dan melaksanakan peruntukan dalam enakmen pentadbiran keluarga islam 1985

e.    Membina dan menyeliakan siystem pendaftaran perkahwinan berkomputer ( E-Munakahat).

 

3.    UNIT PENTADBIRAN AM

a.    Bertanggungjawab bagi menguruskan hal-hal berkaitan dengan pentadbiran bahagian.

b.    Bertanggungjawab membuat pesanan berkaitan borang-borang Nikah, Cerai dan Rujuk, bahan bekalan untuk kursus Pra Perkahwinan islam (MBKPI), peralatan saringan HIV bakal pengantin dan lain-lain berkaitan.

c.    Bertanggungjawab mengenai hal-hal kewangan bahagian undang-undang keluarga.

 

4.    UNIT PEMBANGUNAN KELUARGA

a.    Bertanggungjawab mengenai urusan nikah, cerai dan rujuk di daerah

b.    Menguruskan hal-hal perlantikan jurunikah dan imbuhan bulanan kepada mereka

c.    Menjalankan aktiviti pembangunan keluarga mengikut ajaran islam

d.    Menyelaras kursus PraPerkahwinan Islam (MBKPI) di daerah-daerah.

e.    Menyelia system pendaftaran perkahwinan berkomputer (E-Munakahat) di pejabat-pejabat agama daerah.

 

5.    UNIT KHIDMAT NASIHAT

a.    Bertanggungjawab bagi menjawab sebarang pertanyaan berkaitan dengan hal-hal kekeluargaan islam.

b.    Bertanggungjawab memberi khidmat nasihat pra perkahwinan.

c.    Bertanggungjawab memberi khidmat nasihat dan kaunseling kepada pihak yang menghadapi masalah rumahtangga yang dihadapi oleh pasangan suami isteri.

 

 

 

6.    UNIT PENDAFTARAN (NIKAH CERAI DAN RUJU’)

a.    Menyelia dan menyelaras rekod-rekod pendaftaran nikah, cerai dan rujuk di dalam atau di luar Negara.

b.    Bertanggungjawab membantu di dalam hal-hal berkaitan lantikan pendaftar, timbalan pendaftar dan jurunikah dengan sempurna

c.    Mengawal dan mengemaskini surat-surat nikah, cerai dan rujuk serta rekod pendaftar, timbalan pendaftar dan jurunikah dengan sempurna.

d.    Bertanggungjawab mengeluarkan proses pengeluaran surat-surat nikah cerai dan rujuk dan surat perakuan / salinan.

e.    Merancang dan melaksanakan kursus-kursus kepada jurunikah di seluruh negeri.

 

7.    AKTIVITI TAHUNAN:

a.    Peperiksaan Bertulis, Temuduga & Kursus Asas Kepada Calon Jurunikah

b.    Kursus PraPerkahwinan Islam Kepada Calon-Calon Pengantin

c.    Kursus Jurunikah Seluruh Negeri.

d.    Kursus kaunseling pegawai wanita daerah

e.    Khidmat nasihat keluarga bermasalah

f.     Bengkel pemudahcara kursus Pra Perkahwinan.



 « BACK