|
Dari Jabir bin Samrah Radhiallahu ‘anhu berkata: “Saya pernah melihat Rasulullah S.A.W. pada bulan purnama. Saya memandang beliau sambil memandang bulan. Beliau mengenakan pakaian merah. Maka menurut saya beliau lebih indah daripada bulan.” (Dikeluarkan At Tirmidzi, dia berkata Hadits Hasan Gharib. Dan dishahihkan oleh Al Hakim serta disetujui oleh Adz-Dzahabi) |
- » MAKLUMAT PERSIJILAN HALAL
- » KEPUTUSAN RASMI MAJLIS MENGHAFAZ AL-QURAN PERINGKAT KEBANGSAAN KALI KE 34 TAHUN 1434H / 2013M
- » SENARAI BUKU YANG DIWARTAKAN HARAM
- » NUZUL AL-QURAN
- » Luasnya Neraka.
- » MUNAKAHAT(HUKUM PERKAHWINAN)
- » GEJALA SOSIAL...................
- » KURSUS PRA PERKAHWINAN
- » PEMEGANG SIJIL HALAL – HOTEL / RESORT (sehingga Disember 2010)
- » SENARAI HOTEL YANG TELAH MENDAPAT SIJIL HALAL (JHEAT)
|
LAMAN UTAMA > Kursus Pra Perkahwinan
KURSUS PRA PERKAHWINAN
Kursus Pra Perkahwinan yang disediakan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) adalah mengikut Modul Bersepadu Kursus Pra Perkahwinan Islam (MBKPPI) . Kursus tersebut adalah diwajibkan kepada setiap individu yang belum pernah berkahwin. Kursus ini dianjurkan oleh semua Pejabat Agama Islam Daerah dan Bahagian Perundangan Keluarga, Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu. Ia bertujuan untuk memberikan maklumat dan pendedahan awal kepada bakal-bakal suami isteri yang akan mendirikan rumahtangga. Ia diharap dapat dijadikan panduan oleh mereka dalam menghadapi kehidupan berkeluarga. JHEAT berharap, kursus yang dianjurkan ini akan dapat membantu mengurangkan masalah-masalah rumahtangga yang dihadapi oleh umat Islam di Terengganu khususnya dan Malaysia amnya.
SYARAT & PROSEDUR MENYERTAI KURSUS PRA PERKAHWINAN & KEKELUARGAAN
Bayaran Kursus : RM 50.00 (termasuk fail, makan dan minum). Bayaran boleh dibuat semasa pendaftaran kursus Dokumen Yang Diperlukan : Salinan kad pengenalan semasa pendaftaran (jika diminta). Tempoh Masa Kursus : 2 hari (tiada bermalam)
|
Suhu Kini 28°C 






