eBuletin
 
Promosi Web
TAKWIM SOLAT
myGovernment
JPA
HRMIS
e-Direktori
E-Khutbah
 
Renungan

Dari Abu Said al-Khudri r.a katanya:”Rasulullah s.a.w adalah seorang yang sangat pemalu, lebih pemalu dari gadis pingitan. Apabila baginda tidak menyenangi sesuatu, kami dapat mengetahuinya dari wajah baginda.”



 


 
Video Secara Langsung
Tiada rekod
 
Peti Undi
Kriteria Terpenting Dalam Laman Web Kerajaan :


Keputusan undian sedang direkodkan. Sila tunggu...

 
LAMAN UTAMA > Prosedur Permohonan Perkahwinan
PROSEDUR PERMOHONAN PERKAHWINAN

Perkahwinan Selain Poligami/Wali Raja/Bawah Umur

  1. Sebelum kebenaran berkahwin diberikan, seseorang itu perlu mengambil langkah-langkah berikut :
    1. Mendapatkan borang permohonan kebenaran berkahwin berharga RM 1.00 setiap satu daripada :
      • Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (Bahagian Undang-Undang Pentadbiran Keluarga Islam).
      • Pejabat Agama Daerah berdekatan.
      • Mengisi segala maklumat yang dikehendaki dalam borang tersebut dengan lengkap dan sempurna serta memastikan bahawa kedua- dua pasangan yang hendak berkahwin itu tidak ada halangan dari segi syarak di samping mendapat persetujuan wali. borang yang telah lengkap diisi hendaklah diserahkan kepada Pendaftar di daerah masing- masing pada tempoh yang lebih awal atau sekurang- kurangnya tidak lewat satu (1) minggu (7 hari) dari tarikh cadangan dilangsungkan perkahwinan itu.
      • Adalah sangat baik sekiranya wali dan pasangan terlibat serta saksi dapat hadir sama semasa mengemukakan borang permohonan kahwin tersebut bagi melicin dan memudahkan proses pertimbangan terhadap permohonan kebenaran kahwin tersebut.
    2. Melampirkan Kembaran- Kembaran/ Perakuan- Perakuan berkaitan ( Fotostat 2 Salinan ):
      • Kad Pengenalan Diri
        • Lelaki
        • Perempuan
        • Wali
        • Dua Saksi (dalam borang)
      • Surat Akuan Mati (Duda/Balu).*
      • Surat Akuan Mati (Wali Akrab).*
      • Surat Akuan Memeluk Islam (Muallaf).*
      • Sijil/Perakuan menghadiri Kursus Pra Perkahwinan MBKPPI.*
      • Surat perakuan status Teruna atau Dara dari Majikan/Ketua Kampung/Penghulu Mukim/Imam Masjid/Akuan Sumpah.*
      • Surat pengesahan mastautin dari Ketua Kampung/Penghulu Mukim/Imam Masjid/Akuan Sumpah.*
      • Surat perakuan cerai (duda/janda) yang sah yang dikeluarkan di bawah Undang- Undang yang pada masa itu berkuatkuasa atau salinannya yang diperakui (disahkan benar) atau suatu perakuan yang diberikan oleh Hakim Syarie selepas penyiasatan yang wajar mengenai status perkahwinan itu.*
      • Surat perakuan dari Pendaftar bagi mukim atau negeri (polis/tentera) di mana lelaki itu bermastautin jika lelaki tersebut tinggal di mukim atau negeri yang berlainan dengan pihak perempuan.*
      • Lain - lain dokumen :
        • 4 keping gambar berukuran pasport
        • Sila pastikan nama Jurunikah
        • Sediakan RM5.00 untuk bayaran kebenaran kahwin
    3. Setelah berpuas hati, Pendaftar boleh memberi kebenaran berkahwin dan pemohon dikehendaki menjelaskan bayaran sebanyak RM5.00 bagi maksud tersebut.

    * Sila kembarkan dengan sijil asal

  2. Akad Nikah - Bila boleh diadakan majlis akad nikah?
    • Majlis akad nikah bagi sesuatu perkahwinan yang dicadangkan itu boleh diadakan setelah kebenaran berkahwin diberi atau diluluskan.
  3. Tempat Majlis Akad Nikah Dilangsungkan
    1. Majlis akad nikah boleh diadakan hanya di dalam mukim di mana pihak perempuan itu bermastautin mengikut kehendak Enakmen Undang- Undang Pentadbiran Keluarga Islam Terengganu Bil.12 Tahun 1985, dan wajar jika majlis akad nikah itu dapat diadakan di rumah pengantin perempuan.
    2. Majlis akad nikah boleh diadakan di luar mukim perempuan bermastautin samada di Terengganu atau di negeri lain dengan kebenaran Pendaftar atau Hakim Syarie (mengikut mana berkenaan) bagi negeri ini atau pihak berkuasa Negeri di mana perempuan itu bermastautin jika perempuan tersebut berasal dari negeri lain
  4. Upacara Majlis Akad Nikah
    1. Perkahwinan adalah dipandang tinggi di dalam Islam. Oleh itu, adalah tersangat wajar majlis akad nikah dilangsungkan dengan penuh sopan bersendikan adab dan nilai- nilai yang sesuai dengan Islam.
    2. Garis panduan majlis akad nikah tersebut ada dikeluarkan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu. (Sila ikuti panduan tersebut apabila melangsungkan sesuatu majlis akad nikah)
  5. Orang Yang Boleh Mengakad Nikah
    1. Orang yang boleh mengakad nikahkan bagi sesuatu perkahwinan di negeri ini ialah :
      • Wali dengan kebenaran Pendaftar atau
      • Seorang jurunikah bertauliah bagi kawasan yang berkaitan
  6. Bayaran Atas Perkhidmatan Kepada Jurunikah
    • Bayaran atas perkhidmatan Jurunikah ditetapkan sebanyak RM30.00
  7. Pendaftaran Perkahwinan
    • Dalam masa tujuh (7 hari) selepas akad nikah yang diadakan di negeri ini, perkahwinan itu hendaklah didaftarkan di bawah Enakmen ini.
    • Bagi perkahwinan dan akad nikah di luar negara yang diadakan bukan di Kedutaan hendaklah dibuat dalam masa 2 bulan selepas salah satu pihak atau kedua- dua pihak itu sampai di Malaysia.
    • Bagi perkahwinan yang diakad nikahkan di Kedutaan Malaysia di luar negara pendaftaran perkahwinan hendaklah dibuat mengikut peraturan yang dipakai bagi pendaftaran perkahwinan yang diakad nikah dan didaftarkan di Terengganu seperti pada (7) di atas.
  8. Surat Akuan (Sijil Nikah/Ta'liq)
    • Selepas pendaftaran dan selepas dibayar RM20.00 bagi surat perakuan nikah (termasuk Ta'liq), Pendaftar hendaklah mengeluarkan surat perakuan berkenaan dalam tempoh yang secepat mungkin.
  9. Carta Aliran Permohonan Kahwin Selain Poligami/Wali Raja/Bawah Umur
    • Proses bagi memohon kebenaran berkahwin ini dapat dilihat seperti carta berikut. Klik Di Sini!
  10. Kad Akuan Nikah
    • Selain Surat Akuan/Sijil Nikah, pasangan yang berkahwin di Terengganu boleh memohon untuk mendapatkan Kad Akuan Nikah yang mudah dibawa ke mana- mana dan dikenakan bayaran RM20.00.

Perkahwinan Poligami

  1. Kebenaran berpoligami hendaklah dengan kelulusan bertulis dari Hakim Syarie mengikut ketetapan seksyen 21 Enakmen Undang-Undang Pentadbiran Keluarga Islam Terengganu Bil. 12 Tahun 1985. Dengan ini, pihak lelaki hendaklah terlebih dahulu mendapatkan kebenaran berpoligami tersebut dari pihak Mahkamah Syariah Terengganu (sebelum mengemukakan permohonan berkahwin kepada Bahagian Undang-Unadang Pentadbiran Keluarga Islam atau Pentadbir Daerah) dan menjelaskan bayaran di Mahkamah sebanyak RM50.00 (RM25.00 untuk kebenaran berpoligami dan RM25.00 untuk surat kebenaran berpoligami).

  2. Setelah surat kebenaran berpoligami diperolehi maka pihak lelaki hendaklah melampirkan surat kebenaran melampirkan surat kebenaran tersebut di dalam borang permohonan kebenaran perkahwinan.

 

 

 



 « BACK