eBuletin
 
Promosi Web
TAKWIM SOLAT
myGovernment
JPA
HRMIS
e-Direktori
E-Khutbah
 
Renungan

Daripada Umar berkata : Nabi S.A.W. telah bersabda : "Sesiapa yang membaca surah Al Kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya daripada bawah kakinya hingga ke langit. Untuknya cahaya di hari kiamat dan diampunkannya antara dua jumaat."


(HR. Ibnu Katsir)


 
Video Secara Langsung
Tiada rekod
 
Peti Undi
Kriteria Terpenting Dalam Laman Web Kerajaan :


Keputusan undian sedang direkodkan. Sila tunggu...

 
LAMAN UTAMA > Khidmat Nasihat Keluarga
KHIDMAT NASIHAT KELUARGA

PENGENALAN

Perkhidmatan Khidmat Nasihat di Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu yang dikendalikan oleh Unit Runding Cara yang diletakkan di bawah bahagian Undang-undang Keluarga. Antara objektif unit ini ialah membantu keluarga yang bermasalah menyelesaikan konflik yang dihadapi melalui perkhidmatan khidmat nasihat dan kaunseling.

Khidmat nasihat dilaksanakan lebih bersifat nasihat kekeluargaan bagi pasangan yang menghadapi konflik kekeluargaan seperti masalah poligami, tidak bersefahaman, campur tangan keluarga, penderaan, pasangan suami isteri tidak bertanggungjawab dan sebagainya. Manakala satu alternatif lain perkhidmatan lain yang ditawarkan adalah perkhidmatan kaunseling. Melalui perkhidmatan ini juga dapat membantu pencapaian objektif yang ditetapkan.

Matlamat

  1. Membantu individu menangani stress/konflik.
  2. Memahami peranan dan tanggungjawab.
  3. Mengubah sikap atau tingkahlaku yang negatif.
  4. Mengharmonikan perhubungan.
  5. Memahami diri sendiri dan orang lain yang signifikan (ada kaitan rapat).
  6. Mempertingkatkan kemahiran diri.
  7. Membina sikap asertif (berterus terang) serta keyakinan diri.
  8. Mengenalpasti masalah serta memilih alternatif dan bertanggungjawab terhadap keputusan yang diambil.
  9. Merujuk masalah kepada institusi yang tepat.

Kepentingan Khidmat Nasihat

  1. Masalah dapat dikesan dan diatasi pada peringkat awal.
  2. Hubungan suami isteri menjadi mesra dan harmoni.
  3. Mempertingkatkan kemahiran dan keupayaan diri.
  4. Membina keluarga bahagia.
  5. Menyelesaikan konflik secara baik.

Individu Yang Memerlukan Khidmat Nasihat

  1. Mengalami tekanan/konflik.
  2. Sukar berinteraksi.
  3. Ingin berkongsi masalah.
  4. Memerlukan pengukuhan emosi.
  5. Memerlukan bimbingan dan panduan.
  6. Ingin memahami peraturan dan prosedur.
  7. Ingin mempertingkatkan kemahiran diri.
  8. Memulihkan perhubungan dengan ahli keluarga.
  9. Memahami diri sendiri, pasangan dan ahli keluarga.

Tatacara Mendapatkan Perkhidmatan Khidmat Nasihat

  1. Suami/isteri hadir di Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Terengganu.
  2. Isi borang yang disediakan.
  3. Lampirkan salinan surat nikah/rujuk dan kad pengenalan.
  4. Dapatkan tarikh temujanji.

 



 « BACK