eBuletin
 
Promosi Web
MAIDAM
E-Kursus - (Sistem Permohonan Kursus Negeri Tereng
E-SPEKS(maklumat status pembayaran, slip gaji Kaki
Facebook Jheat
E-Mail -( mail @terengganu.gov.my )
TAKWIM SOLAT
myGovernment
JPA
 
Renungan

Dari Abu Said al-Khudri r.a katanya:”Rasulullah s.a.w adalah seorang yang sangat pemalu, lebih pemalu dari gadis pingitan. Apabila baginda tidak menyenangi sesuatu, kami dapat mengetahuinya dari wajah baginda.”



 


 
Video Secara Langsung
Tiada rekod
 
Peti Undi
Kriteria Terpenting Dalam Laman Web Kerajaan :


Keputusan undian sedang direkodkan. Sila tunggu...

 
LAMAN UTAMA > Peraturan Kursus
  PERATURAN KURSUS
  1. Kehadiran peserta kursus adalah secara sepenuh masa dan jika gagal berbuat demikian sijil tidak akan dikeluarkan.
  2. Peserta kursus hendaklah menepati masa permulaan setiap sessi ceramah sepanjang masa kursus.
  3. Peserta kursus diwajibkan mengikuti semua sessi ceramah yang telah ditetapkan.
  4. Perserta kursus dikehendaki memakai pakaian kemas, bersopan dan menutup aurat. T-shirt, seluar jeans, pakaian menjolok mata yang ditegah syara' dan selipar serta pakaian sukan adalah tidak dibenarkan pakai semasa menghadiri kursus.
  5. Tempat duduk peserta lelaki dan perempuan hendaklah diasingkan iaitu:
    1. Peserta lelaki di bahagian hadapan dan peserta perempuan di bahagian belakang atau ;
    2. Peserta lelaki di sebelah kanan dan peserta perempuan di sebelah kiri atau sebaliknya.
  6. Peserta tidak boleh melakukan sesuatu perbuatan atau mengeluarkan perkataan yang boleh menimbulkan suasana yang tidak tenteram atau menyinggung atau menyentuh sebarang perasaan mana-mana pihak yang terlibat dengan kursus ini.
  7. Setiap peserta hendaklah berada di Bilik Kuliah 5 minit sebelum kuliah bermula dan menjaga akhlak yang baik semasa didalam dewan dan di persekitaran tempat kursus.
  8. Tidak digalakkan keluar/masuk ketika kuliah dijalankan kecuali benar-benar memerlukan dan dikehendaki sentiasa memeberi tumpuan kepada ceramah.
  9. Peserta hendaklah sentiasa berada di dalam dewan kuliah semasa ceramah.
  10. Peserta dilarang makan atau minum atau berbual-bual semasa sessi ceramah sedang berjalan.
  11. Setiap peserta hendaklah mematuhi segala arahan penganjur dan pihak penganjur berhak tidak memberi sijil kepada peserta yang melanggar arahan yang ditetapkan.
  12. Semasa berkursus telefon bimbit hendaklah dimatikan.
  13. Tempat makan peserta lelaki dan perempuan hendaklah diasingkan.
  14. Peserta tidak dibenarkan hadir kursus berduaan dengan kenderaan persendirian.
  15. Peserta dikehendaki mematuhi jadual waktu sembahyang yang ditetapkan (Sila bawa bersama pakaian sembahyang).
  16. Sebarang masalah sila rujuk kepada urusetia.

 

 

 



 « BACK