eBuletin
 
Promosi Web
TAKWIM SOLAT
myGovernment
JPA
HRMIS
e-Direktori
E-Khutbah
 
Renungan

Daripada Umar berkata : Nabi S.A.W. telah bersabda : "Sesiapa yang membaca surah Al Kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya daripada bawah kakinya hingga ke langit. Untuknya cahaya di hari kiamat dan diampunkannya antara dua jumaat."


(HR. Ibnu Katsir)


 
Video Secara Langsung
Tiada rekod
 
Peti Undi
Kriteria Terpenting Dalam Laman Web Kerajaan :


Keputusan undian sedang direkodkan. Sila tunggu...

 
LAMAN UTAMA > Bahagian Penyelidikan

BAHAGIAN PENYELIDIKAN

 

Bahagian Penyelidikan merupakan salah satu bahagian yang terdapat di Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JaHEAT). Bahagian ini bertanggungjawab dalam membuat kajian penyelidikan keatas permasalahan yang berhubungkait dengan isu-isuakidah, syariah dan juga bahan media.

 

OBJEKTIF

 

1.    Menyampaikan maklumat yang betul, sesuai dan tepat menurut ajaran Islam kepada segenap lapisan masyarakat untuk dijadikan panduan dalam kehidupan seharian.

2.    Mencegah dan mengatasi penyelewengan akidah dan syariah serta memelihara kesucian akidah umat Islam, berpandu kepada Ahli Sunnah walJamaah.

3.    Membebaskan masyarakat Islam dari unsur-unsur yang meragukan, syak dan mengelirukan dalam akidah.

 

VISI

 

1.    Memelihara pemikiran ummah dari gejala negatif yang meragukan.

2.    Menjadikan masyarakat berpegang teguh kepada akidah Ahli Sunnah walJamaah.

3.    Kearah masyarakat yang hidup berlandaskan pegangan Ahli Sunnah walJamaah.

 

MISI

 

1.    Memantau dan mengkaji ancaman pengaruh luar, ajaran sesat dan amalan khurafat dalam kalangan masyarakat Islam.

2.    Memantau dan mengkaji media elektronik, bahan bercetak dan penerbitan yang mengandungi maklumat atau fakta yang meragukan.

3.    Menjadi sumber rujukan yang berwibawa dalam penyelidikan akidah, syariah dan kawalan media serta bahan-bahan gunaan umat Islam.

4.    Menerangkan kepada masyarakat khususnya umat Islam tentang isu-isu ancaman akidah, syariah dan bahan-bahan gunaan umat Islam.

 

 


Bahagian ini terbahagi kepada tiga (3) unit utama, iaitu;

 

1.    Unit Pentadbiran

2.    Unit Akidah dan Syariah

3.    Unit Penapisan dan Media

 

FUNGSI UNIT PENTADBIRAN

 

1.    Mengawasi dan menyelia kakitangan bahagian.

2.    Merancang dan mengurus perjawatan bahagian.

3.    Memastikan perjalanan surat dan fail bahagian adalah dalam keadaan kemas dan efisyen.

4.    Merancang dan menyediakan bajet bahagian.

5.    Mengurusetiakan mesyuarat di peringkat bahagian.

 

FUNGSI UNIT AKIDAH DAN SYARIAH

 

  1. Membuat penyelidikan berkaitan aduan kesalahan/penyelewengan akidah, ajaran sesat, adat melayu, barang gunaan orang Islam dan lain-lain kegiatan dan perlakuan yang diragui serta bercanggah dengan hukum syarak.
  2. Menyediakan laporan/kertas kerja bagi mendapatkan perakuan atau “endorsemen dan pandangan daripada agensi/jabatan yang berkaitan mengenai kesalahan/penyelewengan akidah, ajaran sesat, adat melayu dan lain-lain kegiatan dan perlakuan yang diragui serta bercanggah dengan hukum syarak.
  3. Merangka dan mengadakan program penerangan (roadshow) kepada masyarakat tentang isu-isu kesalahan/penyelewengan akidah dan syariah yang diragui dan bercanggah dengan hukum syarak.
  4. Bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dalam menguatkuasakan Akta Perihal Dagangan (APD) 2011.
  5. Membuat pemantauan dan penyelidikan terhadap aduan kesalahan/penyelewengan akidah, ajaran sesat, adat melayu dan lain-lain kegiatan serta perlakuan yang diragui dan bercanggah dengan hukum syarak.

 

FUNGSI UNIT PENAPISAN DAN MEDIA

 

  1. Menjalankan kajian, mengenalpasti dan menapis isu-isu semasa dalam media elektronik/media sosial yang bercanggah dengan ajaran Islam.
  2. Menjalankan kajian, mengenalpasti dan menapis Al-Quran/bahan bacaan/ penerbitan yang meragukan dari segi isi kandungan dan penyampaian.
  3. Pemeriksaan berkala/pemantauan terhadap buku-buku dan bahan terbitan yang diharamkan oleh JAKIM/KDN.
  4. Bekerjasama dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan agensi/jabatan lain dalam menguatkuasakan Akta Percetakan Teks Al-Quran 1986 (Akta 326), Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (Akta 301), Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) dan akta lain yang berkaitan.
  5. Memastikanpelupusan Al-Quran dan bahan bercetakyang mengandungi ayat Al-Quran yang dilaksanakan oleh jabatan/agensi lain adalah mengikut garis panduan yang disediakan.
  6. Membuat pelupusan terhadap mushaf Al-Quran dan bahan bercetak yang mengandungi ayat Al-Quran yang tidak digunakan/lama/rosak mengikut syariat serta berpandu kepada garis panduan yang ditetapkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jawatankuasa Fatwa Negeri Terengganu.



 « BACK