eBuletin
 
Promosi Web
TAKWIM SOLAT
myGovernment
JPA
HRMIS
e-Direktori
E-Khutbah
 
Renungan

Dia lah yang menjadikan bumi ini untuk kamu sebagai hamparan, dan langit (serta segala isinya) sebagai bangunan (yang dibina dengan kukuhnya); dan diturunkanNya air hujan dari langit, lalu dikeluarkanNya dengan air itu berjenis-jenis buah-buahan yang menjadi rezeki bagi kamu; maka janganlah kamu mengadakan bagi Allah, sebarang sekutu, padahal kamu semua mengetahui (bahawa Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa).


-Al-Baqarah Ayat 22


 
Video Secara Langsung
Tiada rekod
 
Peti Undi
Kriteria Terpenting Dalam Laman Web Kerajaan :


Keputusan undian sedang direkodkan. Sila tunggu...

 
LAMAN UTAMA > Pelupusan Al Quran

PELUPUSAN MUSHAF AL-QURAN DAN

BAHAN BERCETAK AYAT-AYAT AL-QURAN

JABATAN HAL EHWAL AGAMA TERENGGANU (JaHEAT)

 

Adakah anda mempunyai atau terjumpa mushaf al-Quran dan bahan bercetak yang mengandungi ayat-ayat al-Quran seperti berikut di tempat anda?

 

1.            Mushaf al-Quran yang koyak/rosak.

2.            Mushaf al-Quran yang bukan Rasm Uthmani.

3.            Kitab-kitab yang mengandungi ayat al-Quran yang terbiar.

4.            Buku-buku sekolah /kertas peperiksaan anak-anak yang mengandungi ayat al-Quran yang tidak digunakan lagi.

5.            Kad-kad majlis kahwin/surat-surat yang mempunyai tulisan ayat al-Quran.

 

Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JaHEAT) mempelawa muslimin/muslimat untuk menghantar semua bahan-bahan yang termasuk dalam senarai di atas kepada jabatan ini untuk dilupuskan secara terhormat dan mengikut syariat.

 

TIADA SEBARANG CAJ DIKENAKAN BAGI PERKHIDMATAN PELUPUSAN INI.

 

CARA PENGUMPULAN/PENGHANTARAN

 

Setiap mushaf al-Quran dan bahan bercetak yang mengandungi ayat-ayat al-Quran yang ingin dilupuskan hendaklah dihantar bersama-sama Borang Permohonan Pelupusan Mushaf Al-Quran dan Bahan Bercetak Ayat-Ayat Al-Quran:

 

1.            dalam keadaan kering.

2.            secara kemas dan tersusun di dalam kotak atau plastik yang diikat rapi.

3.            tidak bercampur/dicampur dengan bahan yang tidak berkenaan seperti kaca/plastik/bingkai gambar dan hiasan, serta yang seumpamanya.

 

PERINGATAN

 

Muslimin/muslimat adalah DILARANG untuk:

 

1.            membakar/meletakkan mushaf al-Quran dan bahan bercetak yang mengandungi ayat-ayat al-Quran dalam apa jua keadaan yang tidak menghormati kesucian Islam tanpa pengetahuan/pengawasan pegawai Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JaHEAT).

2.            menjual/menghantar mushaf al-Quran dan bahan bercetak yang mengandungi ayat-ayat al-Quran kepada pihak kitar semula untuk apa-apa tujuan sekalipun.

3.            menghantar mushaf al-Quran yang masih berkeadaan baik.

 

Nota:

 

Bagi muslimin muslimat yang berada di luar Daerah, permohonan Pelupusan Mushaf Al-Quran dan Bahan Bercetak yang mengandungi Ayat-Ayat Al-Quran boleh dirujuk kepada Pejabat Agama Daerah (PAD) yang berhampiran.

 

Sebarang pertanyaan/aduan lanjut, sila hubungi Bahagian Penyelidikan, JaHEAT di talian 09-6252525 samb. 5267/5272/5202 atau emel kepada penyelidikanjheat@terengganu.gov.my.

 

Borang Permohonan Pelupusan Mushaf Al-Quran dan Bahan Bercetak Ayat-Ayat Al-Quran boleh dimuat turun (download) di http://jheatweb.terengganu.gov.my/



 « BACK