eBuletin
 
Promosi Web
TAKWIM SOLAT
myGovernment
JPA
HRMIS
e-Direktori
E-Khutbah
 
Renungan

Dari Jabir bin Samrah Radhiallahu ‘anhu berkata: “Saya pernah melihat Rasulullah S.A.W. pada bulan purnama. Saya memandang beliau sambil memandang bulan. Beliau mengenakan pakaian merah. Maka menurut saya beliau lebih indah daripada bulan.”


(Dikeluarkan At Tirmidzi, dia berkata Hadits Hasan Gharib. Dan dishahihkan oleh Al Hakim serta disetujui oleh Adz-Dzahabi)


 
Video Secara Langsung
Tiada rekod
 
Peti Undi
Kriteria Terpenting Dalam Laman Web Kerajaan :


Keputusan undian sedang direkodkan. Sila tunggu...

 
LAMAN UTAMA > Bahagian Pengurusan Masjid
1. Berapakah jumlah masjid dalam Negeri Terengganu dan  bilangan
masjid yang menggunakan sistem khutbah dengan  penggunaan
multimedia ini?
 
Jawapan :
 
i.  Jumlah Masjid dalam Negeri Terengganu sehingga September  2014
adalah sebanyak 498 buah masjid.
                                   
DAERAH
BILANGAN
 Kuala Terengganu
132
 Kemaman
50
 Dungun
50
 Hulu Terengganu
80
 Besut
82
 Marang
52
 Setiu
52
JUMLAH
498
 
  ii. Bilangan Masjid yang menggunakan sistem khutbah dengan
penggunaan multimedia.
 
DAERAH
BILANGAN
 Kuala Terengganu
13
 Kemaman
1
 Dungun
2
 Hulu Terengganu
2
 Besut
3
 Marang
3
 Setiu
2
JUMLAH
26
 
 2.  Berapakah Jumlah Masjid yang telah dinaiktaraf kepada masjid kerajaan?
 
Jawapan :         
 
Terdapat 52 buah masjid yang telah dinaiktaraf kepada masjid kerajaan di Negeri Terengganu.
 
 3. Berapakah Jumlah imam dan bilal yang sewajarnya di sesebuah masjid?
 
Jawapan :             
 
Jumlah imam dan bilal yang sewajarnya bagi setiap masjid ialah 3 orang imam dan 3 orang bilal.
 
4. Berapakah jumlah surau yang terdapat di Negeri Terengganu?
 
Jawapan :              
 
Terdapat 1838 buah surau di Negeri Terengganu
 
 5. Apakah jenis program-program yang dijalankan dan dilaksanakan di seluruh masjid dan surau di Negeri Terengganu yang berjaya menarik golongan belia mengimarahkan tempat ibadat ini?  
                                       
Jawapan : 
 
 Program-program yang dijalankan di masjid dan surau di seluruh negeri Terengganu bagi menarik golongan belia adalah sebagaimana berikut:-
1.    Kursus Solat Jenazah
2.    Kursus Pengurusan Jenazah
3.    Program Kem Ibadat
4.    Kursus Bina Sahsiah Diri Belia/Remaja
5.    Program Cakna Masjid
6.    Program Pengimarahan Masjid
7.    Kuliah Maghrib/Tazkirah
8.    Pembangunan Akhlak Pelajar
9.    Tadarus Al-Quran
10.  Program Kesedaran Aqidah dan Ibadah

 

lalu 2

 « BACK