eBuletin
 
Promosi Web
TAKWIM SOLAT
myGovernment
JPA
HRMIS
e-Direktori
E-Khutbah
 
Renungan

Dia lah yang menjadikan bumi ini untuk kamu sebagai hamparan, dan langit (serta segala isinya) sebagai bangunan (yang dibina dengan kukuhnya); dan diturunkanNya air hujan dari langit, lalu dikeluarkanNya dengan air itu berjenis-jenis buah-buahan yang menjadi rezeki bagi kamu; maka janganlah kamu mengadakan bagi Allah, sebarang sekutu, padahal kamu semua mengetahui (bahawa Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa).


-Al-Baqarah Ayat 22


 
Video Secara Langsung
Tiada rekod
 
Peti Undi
Kriteria Terpenting Dalam Laman Web Kerajaan :


Keputusan undian sedang direkodkan. Sila tunggu...

 
LAMAN UTAMA > Bahagian Undang-Undang Keluarga
1.  Bilakah Surat Perakuan Cerai (SPC) dikeluarkan?
 
Jawapan:      
 
Keputusan Mahkamah yang sudah dikirimkan melalui system i-post
kebiasaannya (paling minimum) dalam masa seminggu akan diterima
oleh unit ini dan akan dimasukkan dalam sistem e-munakahat.
Dalam masa seminggu pemohon boleh mendapatkan spc mereka
di bahagian undang-undang keluarga sebaik sahaja i-post telah
di terima oleh pihak kami.
 
2.  Adakah SPC boleh terus diambil setelah ia siap?
 
Jawapan:   
   
Ya, SPC boleh terus diambil setelah ia siap. Walaubagaimanapun,
kami memohon dan menggalakkan pelanggan untuk menghubungi pihak
kami terlebih dahulu bagi memastikan maklumat pelanggan untuk di semak
di dalam system samaada SPC berkenaan telah siap dicetak dan
ditandatangani oleh Ketua Pendaftar Nikah Cerai dan Ruju’ (KPNCR)
 
3. Berapa bayaran SPC?
 
Jawapan:     
 
Setiap bayaran SPC adalah sebanyak RM 30,00 bagi sepasang.
 
4.   Bagaimana dengan produser untuk mengambil salinan
Surat Perakuan Nikah (SPN),Surat Perakuan Cerai (SPC)
dan Surat Perakuan Ruju’ (SPR)?
 
Jawapan:  
 
Setiap salinan surat-surat perakuan Nikah, Cerai dan Ruju’ boleh di mohon
di Unit ini dengan mengisi boring yang disediakan di kaunter bahagian.
Bayaran yang dikenakan bagi setiap salinan yang dikeluarkan adalah
sebanyak RM5.00. namun, pelanggan harus diingatkan bahawa setiap
salinan adalah direkod. Permohonan salinan yang berulang kali dapat
di kesan oleh pihak kami.
 
5. Bagaimana caranya jika pasangan suami isteri ingin bercerai?
 
Jawapan:
 
Pelanggan dinasihatkan ke Mahkamah Syariah untuk membuat proses perceraian.
 
6. Bagaimana cara untuk mendaftarkan semula perkahwinan
yang berlangsung di Luar Negara?
 
Jawapan:
 
Pelanggan dinasihatkan ke Mahkamah Syariah untuk membuat Pengesahan
Perkahwinan dan selepas selesai urusan berkenaan dengan memperolehi
keputusan mahkamah, pelanggan akan dinasihatkan ke Pejabat Agama yang
berkenaan (dimana salah seorang pasangan bermastautin) untuk mendaftarkan
semula perkahwinan tersebut.
 
7. Bagaimana caranya untuk ruju’ semula isteri?
 
Jawapan:
 
Pelanggan dinasihatkan ke Mahkamah Syariah untuk membuat pengesahan
ruju’ sekiranya telah berlaku ruju’ di antara mereka dan membuat laporan
setelah waktu eddah telah tamat. Bagi  pasangan yang berhasrat untuk
ruju’ dan masih dalam waktu eddah boleh terus datang ke
Pejabat Agama Daerah untuk membuat permohonan ruju’ bagi membolehkan
pasangan mendapatkan Surat Perakuan Ruju’. Surat Perakuan Ruju’(SPR)
akan dikeluarkan apabila selesai urusan pendaftaran cerai.
 
8. Bolehkah saya berjumpa dengan mana-mana pegawai untuk
bertanyakan soal hukum perkahwinan?
 
Jawapan:
 
Boleh, jika perkara berkenaan di bawah bidangkuasa kami. Namun,
jika ia memerlukan ulasan lanjut daripada pihak berautoriti yang lain,
kami akan merujuk perkara berkenaan kepada pihak tersebut seperti
Jabatan Mufti atau Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu.
 
9. Bolehkah saya menghubungi jabatan untuk aduan kesalahan
jenayah syariah (seperti skandal isteri/suami dengan pasangan lain)?
 
Jawapan:
Boleh, kami menasihatkan anda terus ke bahagian Penguatkuasaan
atau ke Unit Penguatkuasaan di Pejabat Agama Daerah.
 
10. Bagaimana jika saya ingin berpoligami?
 
Jawapan:
 
Permohonan berpoligami hendaklah dibuat di Mahkamah Syariah.
 
11. Bagaimana jika saya ingin berkahwin di sempadan?

Jawapan:
 
Kami menasihatkan pelanggan agar tidak berkahwin di sempadan kerana
proses pengesahan perkahwinan dan pendaftaran semula perkahwinan
adalah merumitkan dan lambat. Ia melibatkan dua agensi yang berbeza iaitu
Mahkamah syariah dan Jabatan Pembabgunan Keluarga dan Penguatkuasaan.
Ianya memakan masa dan sekiranya perkahwinan itu didapati melalui sindiket
atau perkahwinan berkenaan tidak sah, ia akan menjejaskan hubungan
suami isteri seterusnya, pengesahan taraf anak dalam kandungan dan akan
timbul masalah-masalah lain yang berkait. Pasangan juga boleh didakwa
di bawah seksyen 17 dan 18 enakmen Pentadbiran
Undang-Undang Keluarga Islam dan dihukum denda tidak
melebihi RM1000.00 atau 6 bulan penjara atau kedua-duanya sekali.
 
12. Kenapa perlunya menghadiri Modul Bersepadu Kursus
Praperkahwinan Islam (MBKPI)?
 
Jawapan:
 
Menghadiri Modul Bersepadu Kursus Praperkahwinan Islam (MPKPI)
adalah salah satu syarat kebenaran berkahwin diberikan kepada bakal pengantin.
 
13. Apakah objektif utama Modul Bersepadu Kursus
Praperkahwinan Islam (MBKPI)?
 
Jawapan:
 
Bertujuan member pendedahan berkaitan ilmu rumahtangga dan panduan
kepada bakal pengantin yang akan berkahwin.
 
14. Berapa had umur peserta Modul Bersepadu Kursus
Praperkahwinan Islam (MBKPI)?
 
Jawapan:
 
Had peserta kursus ialah tidak melebihi umur 45 tahun dan peserta
yang berumur kurang daripada 45 tahun adalah diwajidkan menghadiri kursus.
 
15 : Berapa tempoh sah laku sijil Modul Bersepadu Kursus
Praperkahwinan Islam (MBKPI)?
 
Jawapan:
 
Sah laku sijil Modul Bersepadu Kursus Praperkahwinan Islam
(MBKPI) adalah seumur hidup.
 
16. Apakah taraf perakuan sijil Modul Bersepadu
Kursus Praperkahwinan Islam (MBKPI)?
 
Jawapan:
 
Diperakui oleh semua Jabatan Agama Islam seluruh Malaysia.
 
17. Berapa bayaran pendaftaran Modul Bersepadu
Kursus Praperkahwinan Islam (MBKPI)?
 
Jawapan:
 
Bayaran pendaftaran untuk menghadiri Modul Bersepadu Kursus
Praperkahwinan Islam (MBKPI) di Terengganu ialah RM50.00
 
18. Di mana tempat pendaftaran Modul Bersepadu Kursus
Praperkahwinan Islam (MBKPI)?
 
Jawapan:
 
Pendaftaran boleh dibuat di Pejabat Agama Daerah dengan mengisi borang
permohonan dan disertakan  satu salinan kad pengenalan.
 
19. Berapa tempoh menghadiri Modul Bersepadu Kursus
Praperkahwinan Islam (MBKPI)?
 
Jawapan:
 
Selama 2 hari (Jumaat dan Sabtu) dan bermula jam 8.00 pagi sehingga 5.00 petang.
 
20. Bolehkah agensi luar memohon untuk mengadakan Modul
Bersepadu Kursus Praperkahwinan Islam (MBKPI)?
 
Jawapan:
 
Boleh, dengan kelulusan Bahagian Undang-undang Keluarga Ibu Pejabat,
Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu.
 
21. Adakah saya perlu tetapkan tarikh untuk hadir
ke sesi Khidmat Nasihat?
 
Jawapan:
 
Tidak semestinya, tetapi adalah lebih baik membuat temujanji terlebih dahulu
supaya Pegawai Khidmat Nasihat bersedia dengan kehadiran anda.
 
22. Adakah aduan saya akan diketahui oleh orang lain?
 
Jawapan:
 
Tidak. Sebarang aduan adalah sulit.
 
23. Berapa lama masa yang diambil oleh Pegawai Khidmat Nasihat
dalam satu sesi?
 
Jawapan:
 
Sekurang-kurangnya 45 minit.
 
24. Berapa kali sesi yang perlu dihadiri dalam proses Khidmat Nasihat?
 
Jawapan:
 
Terpulang kepada situasi kes. Ada yang memadai hanya satu sesi sudah
selesai dan ada yang memerlukan susulan Rundingcara/Khidmat Nasihat.
 
25.  Siapakah yang layak di bawa bersama semasa sesi
Rundingcara/Khidmat Nasihat dijalankan?
 
Jawapan:
 
Seboleh-bolehnya pasangan yang terlibat sahaja (Suami/Isteri).
 
26. Adakah sebarang bayaran akan dikenakan bagi
mendapatkan Khidmat Nasihat tersebut?
 
Jawapan:
 
Perkhidmatan yang diberi adalah percuma.
 
27. Apakah dokumen yang perlu saya bawa untuk bertemu
Pegawai Khidmat Nasihat?
 
Jawapan:
 
Surat nikah/Ruju’
 
28. Jika saya datang berseorangan, adakah saya diberi
perkhidmatan rundingcara/khidmat Nasihat?
 
Jawapan:
 
Boleh tetapi datang dengan pasangan adalah lebih baik.
 
29. Apakah cara lain untuk berhubung dengan Pegawai Khidmat Nasihat?
 
Jawapan:
 
melalui telefon, email dan surat tetapi sebaik-baiknya hadir sendiri ke pejabat.
 
30.  Bolehkah mendapatkan perkhidmatan Khidmat
Nasihat tanpa mengisi borang?
 
Jawapan:
 
Tidak boleh.

 

lalu 2

 « BACK