eBuletin
 
Promosi Web
TAKWIM SOLAT
myGovernment
JPA
HRMIS
e-Direktori
E-Khutbah
 
Renungan

Dari Jabir bin Samrah Radhiallahu ‘anhu berkata: “Saya pernah melihat Rasulullah S.A.W. pada bulan purnama. Saya memandang beliau sambil memandang bulan. Beliau mengenakan pakaian merah. Maka menurut saya beliau lebih indah daripada bulan.”


(Dikeluarkan At Tirmidzi, dia berkata Hadits Hasan Gharib. Dan dishahihkan oleh Al Hakim serta disetujui oleh Adz-Dzahabi)


 
Video Secara Langsung
Tiada rekod
 
Peti Undi
Kriteria Terpenting Dalam Laman Web Kerajaan :


Keputusan undian sedang direkodkan. Sila tunggu...

 
LAMAN UTAMA > Bahagian Penguatkuasaan

1. Bagaimana untuk membuat aduan?

Jawapan :

Sebarang aduan boleh disalurkan melalui talian hotline 24jam

KUALA TERENGGANU: 019-9843917 @ 019-9393917 @ 019-9583917 @ 019-9143917

MARANG: 019-9389917 @ 019-9309917 @ 019-9189917 @ 019-9349917

SETIU: 019-9399916 @ 019-9119916 @ 019-9109916 @ 019-9179916

BESUT: 013-9804918 @ 013-9814918 @ 013-9824918 @ 013-9834918

DUNGUN: 019-9393916 @ 019-9153916 @ 019-9593916 @ 019-9513916

KEMAMAN: 019-9595060 @ 019-9845060 @ 019-9885060 @ 019-9895060

HULU TERENGGANU: 013-9209915 @ 013-9219915 @ 013-9229915 @ 013-9239915

2. Apakah yang perlu saya lakukan sekiranya berlaku kejadian khalwat di kawasan saya?
 
Jawapan :
 
Apabila kejadian khalwat berlaku di kawasan anda langkah-langkah berikut perlu diikuti:-
-       Melaporkan kejadian tersebut melalui talian tetap hotline 24jam:
-       Memberikan maklumat diri kepada pegawai bertugas.
-       Memberikan maklumat kejadian khalwat seperti alamatkejadian
        yang tepat, nama dan
        latarbelakang orang yang disyaki (jika berkenaan) serta
        tanda-tanda kejadian disyaki
        berlaku seperti wujudnya kenderaan orang yang disyaki.
 
3. Adakah pengadu akan dirahsiakan dan tidak akan dipanggil di mahkamah jika ada perbicaraan? Adakah identity pengadu akan dirahsiakan dan dilindungi jika berlaku ancaman keselamatan?
 
Jawapan :
 
Pihak pengadu akan dirahsiakan identiti untuk memelihara keselamatan pengadu. Walaubagaimanapun, pengadu hendaklah tampil apabila diperlukan pada bila-bila masa sekiranya diperlukan bagi tujuan siasatan.
 
4. Bolehkah pengadu mengetahui status aduan yang telah dibuat kepada pihak MAIDAM?
 
Jawapan :
 
Status aduan yang lengkap boleh disemak oleh pengadu secara lisan
dalam tempoh 10 hari selepas membuat aduan.
 
5. Mengapakah pemberi maklumat perlu mengemukakan maklumat diri kepada pihak MAIDAM?
 
Jawapan :
 
Maklumat pengadu diperlukan supaya boleh direkodkan dan dirujuk oleh
pihak Penguatkuasa Syariah pada bila-bila masa diperlukan serta menunjukkan kebertanggungjawaban pengadu terhadap aduan yang dikemukakan.
 
6. Bolehkah tindakan diambil dengan segera ke atas aduan yang dibuat?
 
Jawapan :
 
Tindakan penguatkuasaan akan diambil dengan segera ke atas aduan yang lengkap berstatus FFA(untuk tindakan lanjut) dalam tempoh 24jam dan jika ketiadaan penguatkuasa agama disebabkan hal-hal tertentu yang tidak dapat dielakkan maka pegawai masjid atau pegawai polis boleh membantu untuk membuat tangkapan.
 
7. Apakah risiko ke atas pengadu yang membuat aduan ke
penguatkuasa MAIDAM?
 
Jawapan :
 
Seseorang yang membuat aduan atau emberikan apa-apa maklumat tentang suatu perlakuan jenayah syariah hendaklah memberikan secara benar dan pengadu akan dirahsiakan identitinya.
 
8. Siapakah yang boleh dihubungi untuk membuat tangkapan terhadap pasangan yang berkhalwat selain dari penguatkuasa MAIDAM?
 
Jawapan :
 
Pegawai Masjid yang terdiri daripada imam dan bilal adalah orang boleh
dihubungi untuk membuat tangkapan kes khalwat kerana mereka telah diberi kuasa oleh Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM). Selain itu, pengadu juga boleh terus memberi maklumat perlakuan jenayah Syariah ke mana-mana Balai Polis berhampiran.
 
9. Apakah tindakan pihak penguatkuasa MAIDAM terhadap kegiatan maksiat yang berlaku di pusat membeli belah, taman rekreasi dan pusat hiburan terbuka secara terang-terangan?
 
Jawapan :
 
Bahagian Penguatkuasaan menjalankan aktiviti rondaan berjadual di
kawasan-kawasan Hotspot(kawasan merah) bagi membendung kegiatan maksiat yang dibuat secara terang-terangan seperti tempat membeli-belah, taman rekreasi dan pusat hiburan terbuka setiap hari mengikut lokasi-lokasi sasaran yang dikenalpasti. Kegiatan berkelakuan tidak sopan di tempat-tempat awam boleh diambil tindakan di bawah seksyen 34 Enakmen kesalahan Jenayah Syariah(takzir)Terengganu 2001. Sabit kesalahan boleh dikenakan denda sebanyak RM1000 ataupun 6 bulan penjara atau kedua-duanya sekali.
 
10. Adakah pihak penguatkuasa MAIDAM boleh mengambil tindakan bagi kes yang berlaku di kilang-kilang?
 
Jawapan :
 
Tindakan boleh dilakukan di mana-mana kawasan termasuk di kilang-kilang,jika ada maklumat awam yang lengkap dan berlakunya pelanggaran hukum syarak.
 
11. Adakah menjadi satu kesalahan bagi seseorang yang beragama Islam menjual minuman keras?
 
Jawapan :
 
Ya. Perbuatan menjual minuman keras bagi orang Islam adalah salah menurut seksyen 23(1) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) Terengganu 2001. Sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM3000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali. Selain itu, adalah menjadi satu kesalahan bagi seseorang yang beragama Islam membuat, menawarkan atau mempamerkan untuk jualan, menyimpan atau membeli apa-apa minuman memabukkan.
 
12. Apakah yang dimaksudkan dengan khalwat?
 
Jawapan :
 
Khalwat dari segi perundangannya bermaksud perbuatan diantara mana-mana lelaki dan perempuan (seorang atau lebih) yang tidak mempunyai hubungan mahram di tempat-tempat yang terselindung seperti rumah, bilik atau mana-mana tempat yang boleh mendatangkan syak mereka sedang melakukan perbuatan tidak bermoral.
 
13. Apakah denda bagi kesalahan berkhalwat?
 
Jawapan :
 
Kesalahan berkhalwat boleh didenda tidak melebihi RM3000.00 atau
dipenjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.
 
14. Apakah yang dimaksudkan dengan kelakuan atau perbuatan tidak sopan di tempat awam?
 
Jawapan :
 
Kelakuan tidak sopan di tempat awam bermaksud apa-apa perbuatan yang dilakukan oleh mana-mana orang Islam dengan sengaja iaitu yang bertentangan dengan syarak secara terbuka di mana-mana tempat awam.
 
15. Adakah orang awam mempunyai kuasa menangkap?
Siapakah individu lain yang mempunyai kuasa menangkap
selain Pegawai Penguatkuasa Syariah MAIDAM?
 
Jawapan :
 
Orang awam tidak mempunyai kuasa untuk menjalankan tangkapan.
Walau bagaimanapun, orang awam boleh membantu Pegawai Penguatkuasa Syariah MAIDAM ataupun Pegawai Masjid untuk menjalankan tangkapan dengan menyalurkan maklumat. Selain Pegawai Penguatkuasa Syariah MAIDAM,pegawai-pegawai masjid yang terdiri daripada Imam 1, Bilal 1, dan Siak 1 turut diberi kuasa oleh Enakmen Pentadbiran Agama Islam untuk menjalankan tangkapan di qariah masing-masing.
 
16. Bagaimanakah caranya untuk membuat semakan tangkapan? Bolehkan pihak yang lain membuat semakan status tangkapan?
 
Jawapan :
 
Status kes tangkapan boleh disemak di Bahagian Penguatkuasaan MAIDAM di talian 09-6252525 samb. 5247.Mana-mana pihak yang ingin mengetahu status tangkapan individu lain, boleh membuat permohonan secara bertulis kepada Penolong Pengarah Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terenggnu (MAIDAM) Bahagian Penguatkuasaan bergantung kepada budi bicara.
 
17. Adakah setiap tangkapan oleh pihak Penguatkuasaan MAIDAM akan dibawa ke Mahkamah Syariah?
 
Jawapan :
 
Pihak Penguatkuasa MAIDAM akan menjalankan siasatan terhadap setiap tangkapan yang dibuat. Kertas Siasatan yang telah lengkap akan diserahkan kepada pihak pendakwaan untuk dinilai sama ada perlu dibawa ke Mahkamah atau sebaliknya.
 
18. Adakah pasangan kes tangkapan khalwat perlu berkahwin?
 
Jawapan :
 
Pasangan yang ditahan dalam kesalahan khalwat oleh Penguatkuasa MAIDAM tidak dipaksa untuk berkahwin tetapi adalah digalakkan kepada mereka yang sudah bersedia dan cukup syarat-syarat untuk segera berkahwin.
 
19. Apakah tindakan yang boleh dilakukan pihak Penguatkuasa
MAIDAM ke atas orang yang berniaga di waktu pagi di bulan Ramadhan?
 
Jawapan :
 
Pihak Penguatkuasa Syariah MAIDAM hanya boleh member peringatan
kepada peniaga yang menjual pada bulan Ramadhan (waktu siang)
melalui notis yang ditampal di premis perniagaan.
 
20. Apa yang perlu dilakukan sekiranya tangkapan telah dibuat
tetapi kejadian berulang lagi?
 
Jawapan :
 
Sekiranya kejadian masih berulang selepas tangkapan, maka aduan
perlu dibuat di Bahagian Penguatkuasa dengan memaklumkan
tangkapan yang telah dibuat sebelumnya supaya pihak Penguatkuasa
Syariah akan mencatatkan di dalam report aduan. Tindakan penguatkuasaan akan diambil bagi mencegah perbuatan mungkar terus berlaku.
 
21. Adakah kes tangkapan khalwat boleh diselesaikan secara
membayar denda ke Bahagian Penguatkuasa MAIDAM tanpa pergi ke Mahkamah Syariah?
 
Jawapan :
 
Bahagian Penguatkuasa MAIDAM sama sekali tidak membuat kaedah
bayaran kompaun. Semua tangkapan perlu disiasat dan Kertas Siasatan yang telah lengkap akan dikemukakan ke Bahagian Pendakwaan untuk disemak sama ada perlu dibicarakan di Mahkamah Syariah atau sebaliknya.
 
22. Adakah tindakan penguatkuasaan Syariah perlu diiringi oleh pihak Polis?
 
Jawapan :
 
Tidak. Walau bagaimanapun, dalam keadaan-keadaan tertentu anggota
Polis diperlukan bagi mengawal keamanan dan ancaman pihak-pihak ke atasnya.
 
23. Apakah tindakan yang boleh dikenakan ke atas saksi yang
dipanggil untuk member keterangan sekiranya tidak dapat hadir pada masa yang ditetapkan?
 
Jawapan :
 
Sekiranya saksi tersebut enggan hadir dengan sengaja, satu waran
kehadiran dari mahkamah (waran tangkap) boleh dikeluarkan ke atasnya.
 
24. perlukah penjamin bagi orang yang kena tuduh hadir ke
Mahkamah Syariah walaupun orang yang kena tuduh itu sendiri telah dipastikan hadir? 
 
Jawapan :
 
Penjamin tidak perlu hadir ke Mahkamah Syariah jika Orang Yang Kena Tuduh tersebut telah hadir ke Mahkamah. Walau bagaimanapun, bagi memudahkan urusan jaminan selanjutnya penjamin perlu hadir sekiranya masih mahu menjamin (dalam keadaan kes belum selesai).
 
25. Bolehkah sesuatu kes jenayah syariah itu ditangguhkan?
 
Jawapan :
 
Boleh, atas budi bicara hakim Mahkamah Syariah.
 
26. Apa yang boleh saya lakukan sekiranya saya tidak mampu
membayar denda di Mahkamah Syariah?
 
Jawapan :
 
Tertuduh boleh membuat rayuan setelah diberi peluang berbuat demikian oleh Hakim Syarie sebelum hukuman dijatuhkan.

 
lalu 2

 « BACK