eBuletin
 
Promosi Web
MAIDAM
E-Kursus - (Sistem Permohonan Kursus Negeri Tereng
E-SPEKS(maklumat status pembayaran, slip gaji Kaki
Facebook Jheat
E-Mail -( mail @terengganu.gov.my )
TAKWIM SOLAT
myGovernment
JPA
 
Renungan

Dia lah yang menjadikan bumi ini untuk kamu sebagai hamparan, dan langit (serta segala isinya) sebagai bangunan (yang dibina dengan kukuhnya); dan diturunkanNya air hujan dari langit, lalu dikeluarkanNya dengan air itu berjenis-jenis buah-buahan yang menjadi rezeki bagi kamu; maka janganlah kamu mengadakan bagi Allah, sebarang sekutu, padahal kamu semua mengetahui (bahawa Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa).


-Al-Baqarah Ayat 22


 
Video Secara Langsung
Tiada rekod
 
Peti Undi
Tiada undian atau tinjauan buat masa ini
Terima Kasih.
 
LAMAN UTAMA > Pengurusan Borang Permohonan Untuk Kebenaran Berkahwin Dan Laporan HIV di Semua Pejabat Agama Daerah
Pengurusan Borang Laporan Ujian Saringan HIV (JHEAT/HIV) adalah sebagaimana berikut:
  1. Bakal Pengantin perlu mendapatkan Borang Laporan Kesihatan Bagi Bakal Pengantin (Borang JHEAT/HIV) beserta sampul surat khas di mana-mana Pejabat Agama Daerah dengan bayaran Ringgit Malaysia Lima Sahaja (RM5.00).
  2. Bagi mengelakkan kekeliruan, setiap borang bernombor siri berseturut yang dikeluarkan hendaklah dicop menggunakan dakwat merah, nama pejabat yang mengeluarkan dan tarikh dikeluarkan.
  3. Borang JHEAT/HIV yang telah diisi dengan lengkap hendaklah dibawa sendiri oleh pemohon ke Klinik Kesihatan yang telah ditetapkan.
  4. Setiap pemohonan untuk kebenaran berkahwin hendaklah disertakan dengan Borang JHEAT/HIV yang telah diperakukan dan ditandangan oleh Pegawai Perubatan atau mana-mana pegawai yang diberi kuasa.
  5. Proses penyerahan borang permohonan untuk kebenaran berkahwin adalah sebagaimana berikut:
    1. Jika pemohon lelaki dan perempuan bermastautin dalam mukim atau daerah yang sama, kedua-dua pihak hendaklah mengemukakan borang permohonan berserta keputusan Ujian Saringan HIV ke Pejabat Agama Daerah di mana mereka bermastautin.
    2. Jika lelaki bermastautin dalam mukim atau daerah yang berlainan dengan perempuan, permohonannya hendaklah dikemukakan berserta keputusan Ujian Saringan HIV kepada Pegawai Agama Daerah di mana perempuan bermastautin. Pegawai Agama Daerah yang menyokong permohonan tidak perlu meneliti laporan Ujian Saringan HIV berkenaan, memadai dengan mengesahkan bahawa Ujian Saringan HIV telah dilaksanakan, pada Borang 2 (butiran 9).
    3. Jika lelaki bermastautin di negeri yang belum melaksanakan Ujian Saringan HIV, kebenaran berkahwin yang dikeluarkan oleh negerinya hendaklah dikemukakan bersama dengan Laporan Ujian Saringan HIV yang dilaksanakan di mana-mana klinik Kesihatan atau Hospital Kerajaan.
    4. Jika kedua-dua bakal pengantin bermastautin di mana-mana negeri, bercadang untuk berkahwin di negeri ini (Terengganu) kebenaran berkahwin hendaklah disertakan dengan Laporan Ujian Saringan HIV yang dilaksanakan di mana-mana Klinik Kesihatan atau Hospital Kerajaan.
    5. Jika warganegara asing permohonananya hendaklah dikemukakan bersama dengan Laporan Ujian Saringan HIV yang dilaksanakan di mana-mana klinik Kesihatan atau Hospital Kerajaan.
    6. Jika permohonana yang memerlukan kebenaran berkahwin Hakim Syarie, Pegawai Agama Daerah hendaklah meneliti permohonan dan Laporan Ujian Saringan HIV serta memberika khidmat kaunseling jika perlu.
  6. Nombor siri Borang JHEAT/HIV dan tarikh ujian dijalankan hendaklah dicatatkan dalam Borang Permohonan Untuk Kebenaran Berkahwin dan Borang Kebenaran Berkahwin.
  7. Hanya Pegawai Agama Daerah yang mengeluarkan kebenaran untuk berkahwin sahaja, samada dalam Borang 4 atau Borang 4a perlu meneliti Laporan Ujian Saringan HIV dan mengambil tindakan sewajarnya.
  8. Keputusan Ujian Saringan HIV yang telah diperakukan adalah SULIT dan hendaklah dikembalikan kepada pemohon.
  9. Program ini juga diperluaskan kepada mana-mana pasangan yang telah berkahwin dan memohon untuk mendaftar perkahwinan mereka di Terengganu. Pendaftaran hanya boleh dilakukan setelah dikemukakan Laporan Ujian Saringan HIV dari mana-mana Klinik Kesihatan atau Hospital Kerajaan di Malaysia sahaja.
  10. Setiap kebenaran luar negeri Terengganu hendaklah disertakan dengan Laporan Ujian Saringan HIV dalam sampul surat berlakri.
  11. Setiap kebenaran untuk berkahwin yang diterima dari luar negeri Terengganu yang disertakan Laporan Ujian HIV hendaklah dikembalikan kepada pemohon/pasangan setelah diteliti oelh Pegawai Agama Daerah.


 « BACK