eBuletin
 
Promosi Web
Koridor Raya Multimedia (MSC) Malaysia
JPA
Hrmis
Portal MyGoverment Malaysia
 
Renungan

  Padang Mahsyar adalah perkara ghaib yang wajib kita yakini. Setelah melalui kehidupan dunia dan alam barzakh, seseorang itu akan dibangkitkan semula di Padang Mahsyar untuk menghadapi balasan amalan masing-masing. Dan keadaan diri serta wajah kita semua ketika dibangkitkan di Padang Mahsyar adalah berdasarkan amalan yang pernah kita lakukan ketika hidup.


 

 
Video Secara Langsung
Tiada rekod
 
Peti Undi
Adakah Laman Web Khidmat Pengurusan Ini Mesra Pengguna? :


Keputusan undian sedang direkodkan. Sila tunggu...

 
  


 

Peruntukan RM46 juta disediakan kerajaan negeri bagi mewujudkan jelapang padi kedua di daerah Setiu, untuk menambah pengeluaran hasil beras dan meningkatkan pendapatan penduduk tempatan.
Kerja-kerja membajak sawah di kawasan seluas 140 hektar di Kampung Jelapang, di Dewan Undangan Negeri (DUN) Langkap, akan dimulakan April ini.
Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said, mengumumkan langkah terbaru kerajaan negeri itu kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke tapak projek jelapang padi serta cadangan pembinaan jalan dan longkang di daerah Setiu, semalam (22 Mac).
Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Masyarakat dan Wanita negeri, merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Langkap, YB Ashaari Idris; Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri merangkap ADUN Jabi, YB Ramlan Ali serta ketua-ketua jabatan. 
Menteri Besar berkata, tahun lalu kawasan seluas 73 hektar diusahakan 78 petani di Kampung Mak Jintan, Setiu dengan purata perolehan 3.5 – 4 metrik tan bagi sehektar.
Sementara itu, kerajaan juga bersetuju meluluskan peruntukan RM4 juta bagi membina dan melebar jalan dalam  DUN Langkap dan Permaisuri  di mana RM2.5 juta disalurkan melalui Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan RM1.5 juta melalui pejabat daerah.
“Sementara   RM1.2 juta diperuntukan bagi pembinaan longkang-longkang dalam dua DUN berkenaan dan  kita bercadang melebarkan jalan di  beberapa kawasan yang kerap berlaku kemalangan di daerah itu,” katanya.
Menteri Besar turut melahirkan komitmen kerajaan menyelesaikan masalah muara sungai Merang yang cetek dan menyukarkan bot membawa pelancong ke Pulau Redang serta nelayan keluar  masuk membawa hasil tangkapan.
“Kerja-kerja mendalamkan sungai akan dilakukan dalam masa tiga empat hari ini oleh pihak swasta  dan untuk jangka panjang, peruntukan membeli kapal korek akan dimasukkan dalam bajet tahun depan,” katanya.  
Katanya, kerajaan juga bercadang untuk mewujudkan satu muara sungai baru di Penarik  bagi keperluan dan kepentingan nelayan tempatan.
Dato’ Ahmad kemudiannya turut meluangkan masa meninjau pembinaan masjid baru di Kampung Alor Lek yang berharga RM1.86 juta serta memuatkan 350 jemaah pada satu-satu masa.
“Kerajaan akan menaik taraf semua masjid di seluruh daerah di negeri ini untuk memberi keselesaan kepada masyarakat mengunjungi rumah Allah,” katanya.
Unit Komunikasi Negeri.
  
 
Hit : 1031

 « BACK