eBuletin
 
Promosi Web
TAKWIM SOLAT
myGovernment
JPA
HRMIS
e-Direktori
E-Khutbah
 
Renungan

Dia lah yang menjadikan bumi ini untuk kamu sebagai hamparan, dan langit (serta segala isinya) sebagai bangunan (yang dibina dengan kukuhnya); dan diturunkanNya air hujan dari langit, lalu dikeluarkanNya dengan air itu berjenis-jenis buah-buahan yang menjadi rezeki bagi kamu; maka janganlah kamu mengadakan bagi Allah, sebarang sekutu, padahal kamu semua mengetahui (bahawa Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa).


-Al-Baqarah Ayat 22


 
Video Secara Langsung
Tiada rekod
 
Peti Undi
Kriteria Terpenting Dalam Laman Web Kerajaan :


Keputusan undian sedang direkodkan. Sila tunggu...

 

  


Bengkel Pengurusan Kesalahan Jenayah Syariah di Alam Siber anjuran Jabatan Hal Ehwa Agama Terengganu dengan Kerjasama Suruhanjaya Kominukasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah berjaya diadakan pada 13-15 Februari 2017. Untuk melihat foto sekitar bengkel boleh ke Facebook Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu. Objektif bengkel adalah seperti berikut :

OBJEKTIF

 

BENGKEL PENGURUSAN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH

DI ALAM SIBER SIRI 1/2017

 

 

(1)        Memberi gambaran yang tepat kepada pegawai Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) / pegawai yang diberikuasa (pembantu penyelidik dan pegawai penguatkuasa syariah) terhadap makna lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sebagaimana yang diperuntukkan di dalam Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dari perspektif Islam;

 

(2)        Meningkatkan kefahaman perundangan dan peraturan yang berkaitan dengan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998;

 

(3)        Memperkukuhkan hubungan interpersonal antara pegawai JHEAT / pegawai yang diberikuasa dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) agar hubungan strategic kedua pihak berjalan lancar;

 

(4)      Memberi pendedahan dan perkongsian maklumat mengenai cara menjalankan pemeriksaan, pemantauan dan analisa forensic alam siber dan multimedia;

 

(5)        Meningkatkan kemahiran pegawai JHEAT / pegawai yang diberikuasa untuk membuat analisa kandungan media berunsur Islam;

 

(6)        Memberi kesedaran kepada pegawai JHEAT / pegawai yang diberikuasa bahawa kesalahan jenayah siber boleh diambil tindakan secara serentak oleh JHEAT di bawah Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) Terengganu 2001 dan SKMM di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

 


 

 

Hit : 278

 « BACK