Daripada Umar berkata : Nabi S.A.W. telah bersabda : "Sesiapa yang membaca surah Al Kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya daripada bawah kakinya hingga ke langit. Untuknya cahaya di hari kiamat dan diampunkannya antara dua jumaat." (HR. Ibnu Katsir) |
- » SENARAI NAMA PEMEGANG TAULIAH MENGAJAR DI NEGERI TERENGGANU
- » KEPUTUSAN TILAWAH AL-QURAN PERINGKAT NEGERI TERENGGANU TAHUN 1439H/2018M
- » MODUL / SILIBUS PEMBELAJARAN SIJIL PENGAJIAN AGAMA ISLAM TERENGGANU (SPAIT)
- » BORANG PELUPUSAN MUSHAF AL-QURAN DAN BAHAN BERCETAK AYAT-AYAT AL-QURAN
- » SENARAI PENERBITAN YANG DIWARTAKAN HARAM
- » KEPUTUSAN MAJLIS TILAWAH AL-QURAN PERINGKAT NEGERI TERENGGANU TAHUN 1438H/2017M
- » ARTIKEL IT
- » RISALAH MASJID
- » SENARAI PEMEGANG SIJIL PENGESAHAN HALAL (NEGERI TERENGGANU)
- » NOMBOR TERKINI TALIAN PENGUATKUASAAN SELURUH NEGERI TERENGGANU
Tiada Aktiviti Direkodkan |
![]() | Hari Ini | 19 |
![]() | Kelmarin | 110 |
![]() | Minggu Ini | 742 |
![]() | Bulan Ini | 2443 |
![]() | Keseluruhan | 399399 |
Sultan Terengganu , Sultan Mizan Zainal Abidin menyeru kepada semua rakyat supaya sentiasa menuntut ilmu termasuk ilmu yang bersumberkan Al Quran kerana orang yang memiliki berilmu dijamin selamat dan mendapat darjat yang tinggi di sisi Allah taala dan juga manusia. ‘Dunia hari ini membuktikan bahawa umat yang berilmu mampu menempuh banyak kejayaan. Oleh itu umat Islam khasnya rakyat negeri ini hendaklah mengambil peluang ini dengaj menjadikan ilmu sebgai satu matlamat kehidupan bagi diri sendiri dan keluarga ‘. ‘Bersempena dengan Majlis Tilawah Al Quran pada malam ini Beta berharap agar semua muslimin dan muslimat menanam semangat diri dan keluarga untuk menjadi golongan yang tidak pernah cukup dan tidak pernah berpuas hati dengan ilmu yang ada. Jadilah muslimin dan muslimat yang tidak pernah berhenti mencari dan mengejar ilmu kerana ilmu merupakan satu-satunya perkara yang akan kekal di samping kita sehingga ke akhir hayat’. ‘Oleh itu beta menyeru kepada muslimin dan muslimat sekalian agar ambillah peluang yang masih ada bersama umur kita untuk menuntut ilmu’. Baginda bertitah demikian selepas merasmikan Majlis penutup dan Penyampaian hadiah Majlis Tilawah Al-Quran peringkat negeri Terengganu 1438H#2017M di Arena Merdeka Dungun malam ini. Mengiringi baginda Sultanah Terengganu Sultanah Nur Zahirah. Hadir sama Menteri Besar Dato Seri Ahmad Razif Abd Rahman dan kepimpinan kerajaan negeri. Dalam keputusan tilawah malam tadi, peserta dari Marang Mohd Hafas Ali, 35, diumumkan johan qari Tilawah al-Quran Peringkat Negeri Terengganu 2017 menewaskan Abdul Hadi Abdul Halim tempat kedua dari Dungun dan Abdul Alim Zakaria dari Kuala Nerus (tempat ketiga). Nur Jannah Abdul Rahman pula dipilih sebagai Qariah yang merupakan johan menunggu mengatasi Johan qari dan qariah menerima hadiah wang tunai RM8, 000, sijil dan piala. Sementara pemenang tempat kedua menerima wang tunai RM6,000 beserta piala dan sijil dan tempat ketiga menerima wang tunai RM5, 000 dan sijil. Johan Qari dan Qariah akan mewakili Terengganu bagi Tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan yang akan diadakan di Melaka pada 2 hingga 8 April ini. – Terengganu Times
|