eBuletin
 
Promosi Web
TAKWIM SOLAT
myGovernment
JPA
HRMIS
e-Direktori
E-Khutbah
 
Renungan

Dia lah yang menjadikan bumi ini untuk kamu sebagai hamparan, dan langit (serta segala isinya) sebagai bangunan (yang dibina dengan kukuhnya); dan diturunkanNya air hujan dari langit, lalu dikeluarkanNya dengan air itu berjenis-jenis buah-buahan yang menjadi rezeki bagi kamu; maka janganlah kamu mengadakan bagi Allah, sebarang sekutu, padahal kamu semua mengetahui (bahawa Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa).


-Al-Baqarah Ayat 22


 
Video Secara Langsung
Tiada rekod
 
Peti Undi
Kriteria Terpenting Dalam Laman Web Kerajaan :


Keputusan undian sedang direkodkan. Sila tunggu...

 
  


PULAU DUYONG - Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) merekodkan hanya 22 daripada 124 atau kira-kira 18 peratus hotel dan resort di negeri ini mempunyai sijil pengesahan halal.

22 hotel dan resort yang mempunyai sijil pengesahan halal itu terdiri daripada 16 di Kuala Terengganu, dua di Marang, masing-masing satu di Besut, Hulu Terengganu dan Setiu, manakala terdapat satu di Kemaman yang masih dalam proses pengesahan.

Meskipun pengesahan sijil halal bukan sesuatu yang wajib dimiliki hotel atau resort yang mempunyai dapur makanan, namun peratusan yang sangat rendah itu wajar diberi perhatian serius.

Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan Tugas-Tugas Khas negeri, Ghazali Taib berkata, pengusaha hotel atau resort seharusnya menyedari bahawa dengan adanya pengesahan sijil halal secara tidak langsung memberi banyak kelebihan kepada mereka.

“Kita sarankan kepada pengusaha hotel dan resort untuk mohon sijil halal, ia bukan sesuatu yang wajib tetapi atas kesedaran.

“Ini kerana, dengan adanya sijil halal akan dapat memberi keyakinan dan jaminan kepada pelanggan masing-masing,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui pada Majlis Penyerahan Sijil Pengesahan Halal Malaysia Kepada Duyong Marina & Resort, di sini.

Hadir sama, Pesuruhjaya JHEAT, Datuk Wan Mohd Wan Ibrahim dan wakil Duyong Marina & Resort, Sham Fazli Jusoh.

Menurut Ghazali lagi, pihaknya turut menafikan dakwaan segelintir pihak bahawa sukar untuk memperoleh sijil pengesahan halal serta terpaksa menunggu sehingga enam bulan.

“Dakwaan mengatakan proses permohonan mengambil masa sehingga enam bulan adalah tidak benar.

“Sebaliknya, permohonan hanya mengambil masa tidak lebih sebulan dengan syarat telah patuhi peraturan yang ditetapkan,”katanya.

Hit : 58

 « BACK