eBuletin
 
Promosi Web
TAKWIM SOLAT
myGovernment
JPA
HRMIS
e-Direktori
E-Khutbah
 
Renungan

Dia lah yang menjadikan bumi ini untuk kamu sebagai hamparan, dan langit (serta segala isinya) sebagai bangunan (yang dibina dengan kukuhnya); dan diturunkanNya air hujan dari langit, lalu dikeluarkanNya dengan air itu berjenis-jenis buah-buahan yang menjadi rezeki bagi kamu; maka janganlah kamu mengadakan bagi Allah, sebarang sekutu, padahal kamu semua mengetahui (bahawa Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa).


-Al-Baqarah Ayat 22


 
Video Secara Langsung
Tiada rekod
 
Peti Undi
Kriteria Terpenting Dalam Laman Web Kerajaan :


Keputusan undian sedang direkodkan. Sila tunggu...

 
  


Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) memperuntukkan RM51,141,300 untuk pembayaran elaun kepada guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (kafa), imam, guru takmir dan bilal di Terengganu, tahun ini.
  
Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi dan Multimedia dan Tugas-Tugas Khas Negeri, Ghazali Taib berkata, daripada keseluruhan peruntukan 2017 itu, sebanyak RM50,632,800 diperuntukkan untuk pembayaran elaun guru-guru kafa, imam dan guru takmir, manakala RM508,500 disalurkan untuk pembayaran imbuhan 'one off' sebanyak RM500 kepada setiap bilal.
 
Seramai 3,103 orang guru kafa, imam (826), guru takmir (237) dan bilal (1,017) sedang berkhidmat di Terengganu.
 
Ghazali berkata, kerajaan negeri merakamkan ucapan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan kerana memberikan insentif yang cukup besar kepada para agamawan di negeri ini.
 
“Dengan peruntukan sebanyak ini, ianya memberi kegembiraan dan kelegaan kepada guru-guru kafa, imam dan guru takmir serta bilal sekali gus menyuntik semangat mereka untuk terus menabur bakti dan mencurah ilmu kepada rakyat Terengganu,” ujarnya.
 
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis perasmian penutup Program Multaqa Murabbi Ummah Negeri Terengganu Tahun 2017 di Dewan Besar Wisma Darul Iman, hari ini. 
 
 Turut hadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir Baharom. 
Sementara itu Ghazali berkata, elaun guru kafa  juga ditingkatkan daripada RM800 kepada RM900 dan memberi kelebihan kepada mereka yang cuma berkhidmat tiga hari sahaja dalam seminggu.
Hit : 113

 « BACK