eBuletin
 
Promosi Web
TAKWIM SOLAT
myGovernment
JPA
HRMIS
e-Direktori
E-Khutbah
 
Renungan

Dia lah yang menjadikan bumi ini untuk kamu sebagai hamparan, dan langit (serta segala isinya) sebagai bangunan (yang dibina dengan kukuhnya); dan diturunkanNya air hujan dari langit, lalu dikeluarkanNya dengan air itu berjenis-jenis buah-buahan yang menjadi rezeki bagi kamu; maka janganlah kamu mengadakan bagi Allah, sebarang sekutu, padahal kamu semua mengetahui (bahawa Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa).


-Al-Baqarah Ayat 22


 
Video Secara Langsung
Tiada rekod
 
Peti Undi
Kriteria Terpenting Dalam Laman Web Kerajaan :


Keputusan undian sedang direkodkan. Sila tunggu...

 
  



Oleh : SURIATI BINTI ALI

 

Kerajaan negeri membelanjakan RM867,600 kepada 1,703 masjid dan surau seluruh Terengganu sebagai mengimarahkan rumah ibadat sepanjang sambutan Ramadan tahun ini.

Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Dato’ Mohd Zubir Embong berkata, peruntukan menerusi Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Terengganu (JHEAT) diagihkan kepada 506 masjid dan 1,197 yang akan menganjurkan pelbagai aktiviti bersama komuniti Islam setempat bagi menyemarakkan bulan puasa.

Katanya, daripada jumlah itu, sebanyak RM241,800 kepada 125 masjid dan 366 surau di Kuala Terengganu serta Kuala Nerus, RM148,000 kepada masjid (84) dan surau (210) di Besut, diikuti RM114,900 masjid (80) dan surau (113) di Hulu Terengganu dan RM100,200 kepada masjid (50) dan surau (164) di Kemaman.

Sejumlah  RM98,300 lagi untuk masjid (52) dan surau (151) di Marang , RM84,400 untuk masjid (48) dan surau (118) di Dungun serta RM80,000 kepada masjid (52) dan surau (90) di Setiu.

"Perbelanjaan ini sebagai tanggungjawab kerajaan negeri terhadap institusi yang menjadi pusat penyatuan ummat supaya Ramadan disambut dengan penuh keberkatan pada kali ini.

"Perbelanjaan kepada masjid antara RM1,000 hingga RM2,000, manakala surau RM300 bergantung kepada saiz dan kapasiti jemaah, "katanya.
 Beliau berkata demikian kepada media di Majlis  Pelancaran Program Ihya' Ramadan Peringkat Negeri Terengganu di Dewan Konvensyen, Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu, hari ini.

Mohd Zubir merasmikan program itu mewakili Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman .
Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan Tugas-Tugas Khas Negeri, Ghazali Taib, Pesuruhjaya JHEAT, Dato' Wan Mohd Wan Ibrahim dan Pegawai Kewangan Negeri, Dato' A. Rahman Yahya.

Mohd Zubir berkata, perbelanjaan itu juga untuk menganjurkan 24 program ihya’ Ramadan yang dijadualkan di peringkat negeri sempena bulan puasa kali ini seperti tadarus al- Quran, gotong-royong di masjid dan juga tanah perkuburan.

Sementara itu, kerajaan negeri juga memperuntukkan RM363,600 sebagai bantuan kepada 494 masjid dan surau seluruh Terengganu sepanjang Ramadan ini

 

Unit Komunikasi Negeri Terengganu

Hit : 67

 « BACK