eBuletin
 
Promosi Web
TAKWIM SOLAT
myGovernment
JPA
HRMIS
e-Direktori
E-Khutbah
 
Renungan

Dari Jabir bin Samrah Radhiallahu ‘anhu berkata: “Saya pernah melihat Rasulullah S.A.W. pada bulan purnama. Saya memandang beliau sambil memandang bulan. Beliau mengenakan pakaian merah. Maka menurut saya beliau lebih indah daripada bulan.”


(Dikeluarkan At Tirmidzi, dia berkata Hadits Hasan Gharib. Dan dishahihkan oleh Al Hakim serta disetujui oleh Adz-Dzahabi)


 
Video Secara Langsung
Tiada rekod
 
Peti Undi
Kriteria Terpenting Dalam Laman Web Kerajaan :


Keputusan undian sedang direkodkan. Sila tunggu...

 
  


Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri Terengganu(JHEAT) mengarahkan masjid-masjid utama di seluruh Terengganu mengamalkan solat sunat tarawih 20 rakaat dan tiga witir melalui pekeliling yang berkuatkuasa 1 Jun lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Mutimedia Dan Tugas-Tugas Khas Negeri, Ghazali Taib berkata, saranan ini dibuat berdasarkan pandangan para ulamak, cendikiawan dan ilmuwan Islam dan kita mahu mencontohinya kerana menuruti amalan yang terbaik di negeri ini.

Jelasnya lagi, situasi yang ada dalam negeri turut diambil kira kerana keadaan yang aman, tiada permasalahan malah sebahagian besar masjid yang ada cukup selesa untuk beribadat.

"Kalau kita lihat, sebahagian besar masjid dilengkapi dengan alat penghawa dingin dan ada sesetengahnya mempunyai kipas besar yang sangat selesa untuk jemaah mengerjakan solat (tempoh yang panjang).

"Jadi tidak timbul masalah kenapa tidak boleh mengerjakan solat sunat tarawih sebanyak 20 rakaat bersama tiga rakaat witir.

"Itu yang kita sarankan dan kita dapati para imam tidak membaca surah yang yang panjang, hanya surah yang pendek sahaja dan 20 rakaat itu mampu disiapkan pada jam 10 malam sahaja,"kata Ghazali.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Berbuka Puasa Dewan Undangan Negeri Ajil di Hotel Sumai,Kuala Terengganu, semalam.

Turut hadir, Pesuruhjaya Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu, Dato' Wan Mohd dan Pegawai Daerah Hulu Terengganu, Azmi Razik.

Ghazali juga berkata, kepada masjid-masjid yang mempunyai permasalahan tertentu, pihak imam atau Pengerusi Jawatankuasa Masjid boleh mempertimbangkannya mengikut ketentuan.

"Kepada jemaah yang ada urusan atau masalah kesihatan, kita tidak larang malah mereka boleh berhenti setakat lapan atau ingin meneruskan sebanyak 20 rakaat..itu terpulang kepada mereka,ikut kemampuan masing-masing.

"Jadi tidak akan timbul tekanan atau 'stress' lagipun ini salah satu latihan yang baik kepada jemaah. Pada siang hari kita berpuasa dan malamnya kita solat tarawih sebagai satu terapi kerana setiap pergerakan dalam solat menambahkan kesihatan dari satu sudut,"katanya lagi.

Jelas beliau lagi, tidak ada tindakan atau denda akan dikenakan kepada masjid yang gagal mematuhi arahan ini kerana soal ibadat terpulang kepada keikhlasan masing-masing, bagaimanapun JHEAT cuma memainkan peranan  untuk menyarankan amalan terbaik di Terengganu.

Hit : 132

 « BACK