eBuletin
 
Promosi Web
TAKWIM SOLAT
myGovernment
JPA
HRMIS
e-Direktori
E-Khutbah
 
Renungan

Dia lah yang menjadikan bumi ini untuk kamu sebagai hamparan, dan langit (serta segala isinya) sebagai bangunan (yang dibina dengan kukuhnya); dan diturunkanNya air hujan dari langit, lalu dikeluarkanNya dengan air itu berjenis-jenis buah-buahan yang menjadi rezeki bagi kamu; maka janganlah kamu mengadakan bagi Allah, sebarang sekutu, padahal kamu semua mengetahui (bahawa Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa).


-Al-Baqarah Ayat 22


 
Video Secara Langsung
Tiada rekod
 
Peti Undi
Kriteria Terpenting Dalam Laman Web Kerajaan :


Keputusan undian sedang direkodkan. Sila tunggu...

 
  


Kerajaan negeri melalui Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) akan mempergiatkan kempen untuk menggalakkan lebih ramai pengusaha makanan, kosmetik serta perubatan tradisional dan moden negeri ini memiliki Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) yang diiktiraf Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi dan Multimedia & Tugas-Tugas Khas Negeri, Ghazali Taib berkata, kempen yang akan dilaksanakan bermula September ini bertujuan meningkatkan kesedaran dan membantu dari segi khidmat nasihat, bimbingan dan sebagainya kepada para pengusaha yang ingin memohon sijil halal.

 “Adalah penting untuk pengusaha-pengusaha ini memiliki sijil halal kerana produk mereka bukan sahaja untuk kegunaan orang Islam di negeri ini malah untuk negara luar sekiranya mereka menembusi pasaran antarabangsa.

“Malah, sijil halal Malaysia yang dikeluarkan Jakim telah diperakui oleh seluruh negara,” ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Sijil Pengesahan Halal Malaysia kepada TGG Manufacturing di Chendering, hari ini.

Turut hadir, Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Terengganu, Dato’ Wan Mohd Wan Ibrahim dan Pengurus Besar TGG Manufacturing Yasir Che Abdullah.

Menurut Ghazali, sehingga bulan lalu jumlah premis pemegang SPHM di negeri ini yang masih sah tempoh adalah 128 buah yang terdiri daripada premis makanan (34), produk makanan dan minuman (78), barang gunaan (11), kosmetik dan dandanan diri (1) dan rumah sembelih (4).

 Ghazali berkata, antara faktor yang menyebabkan ramai pengusaha tidak memohon sijil halal adalah disebabkan tanggapan salah berkenaan tempoh masa yang terlalu lama bagi mendapatkan sijil halal sebelum ini.

“Hakikatnya, sekarang ini prosesnya semakin mudah dan kebiasaan hanya mengambil masa 30 hingga 90 hari sahaja,” ujarnya.

 

**Sumber TeganuKita**

 

Hit : 87

 « BACK