eBuletin
 
Promosi Web
E-kursus Online
HRMIS
E-SPEKS(maklumat status pembayaran, slip gaji)
Emel -( mail @terengganu.gov.my )
myGovernment
Maidam
Facebook Jheat
Twitter Jheat
 
Renungan

Dia lah yang menjadikan bumi ini untuk kamu sebagai hamparan, dan langit (serta segala isinya) sebagai bangunan (yang dibina dengan kukuhnya); dan diturunkanNya air hujan dari langit, lalu dikeluarkanNya dengan air itu berjenis-jenis buah-buahan yang menjadi rezeki bagi kamu; maka janganlah kamu mengadakan bagi Allah, sebarang sekutu, padahal kamu semua mengetahui (bahawa Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa).


-Al-Baqarah Ayat 22


 
Video Secara Langsung
Tiada rekod
 
Peti Undi
Kriteria Terpenting Dalam Laman Web Kerajaan :


Keputusan undian sedang direkodkan. Sila tunggu...

 
  


Seramai 250 warga Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) dan Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) hari ini menandatangani ikrar bebas rasuah (IBR) sekali gus menyatakan komitmen untuk memerangi rasuah bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Lafaz ikrar diketuai Pesuruhjaya JHEAT, Dato’ Wan Mohd Wan Ibrahim dan kese­mua IBR yang ditandatangani itu diserahkan kepada Timbalan Pengarah SPRM Terengganu, Zainal Ayop.

Perjanjian itu turut disaksikan Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Mutimedia Dan Tugas-Tugas Khas Negeri, Ghazali Taib pada Majlis Ikrar Bebas Rasuah Pegawai JHEAT dan Maidam di Kompleks Seri Iman, Kuala Terengganu, hari ini.

Ketika berucap dalam majlis itu, Wan Mohd berkata, ikrar dilafaz itu menjadi satu perjanjian di mana ia turut mengingatkan semua warga kerja JHEAT dan Maidam supaya jangan sesekali mengamalkan budaya rasuah.

“IBR merupakan satu langkah yang patut dipuji kerana ia mampu meningkatkan rasa tanggungjawab pemimpin dan warganya dalam melaksanakan tugas mereka dan menjauhkan diri daripada melakukan perlakuan rasuah selama mana mereka menjawat jawatan yang disandang.

“Malah, secara tidak langsung memberi mesej kepada masyarakat bahawa jabatan kita ini samada JHEAT dan Maidam berjanji menjalankan tugas dengan penuh amanah dan tidak prejudis ke atas mana-mana warganya yang melibatkan perbuatan rasuah,” ujarnya.

Katanya, semuanya perlu bermula daripada pembudayaan intergriti dalam penjawat awam terutamanya warga JHEAT dan Maidam kerana ia merupakan satu batu asas untuk menyampaikan perkhidmatan berkualiti kepada masyarakat.

“Justeru, elemen amalan positif berteraskan nilai murni yang dikenalpasti dalam pelan integriti nasional seperti jujur serta ikhlas perlu dihayati dan sentiasa diamalkan oleh semua pihak.

“Hal ini amatlah penting apabila kita mempunyai kesedaran, serta menjadikan integriti sebagai amalan harian maka akan wujudlah satu persekitaran kondusif ke arah pembudayaan nilai integriti dalam organisasi,” katanya.
 
 
***Sumber dari TeganuKita***
Hit : 359

 « BACK