eBuletin
 
Promosi Web
TAKWIM SOLAT
myGovernment
JPA
HRMIS
e-Direktori
E-Khutbah
 
Renungan

Dia lah yang menjadikan bumi ini untuk kamu sebagai hamparan, dan langit (serta segala isinya) sebagai bangunan (yang dibina dengan kukuhnya); dan diturunkanNya air hujan dari langit, lalu dikeluarkanNya dengan air itu berjenis-jenis buah-buahan yang menjadi rezeki bagi kamu; maka janganlah kamu mengadakan bagi Allah, sebarang sekutu, padahal kamu semua mengetahui (bahawa Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa).


-Al-Baqarah Ayat 22


 
Video Secara Langsung
Tiada rekod
 
Peti Undi
Kriteria Terpenting Dalam Laman Web Kerajaan :


Keputusan undian sedang direkodkan. Sila tunggu...

 
  


Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin menyeru umat Islam di  negeri ini dapat melipatgandakan kekuatan dan semangat dengan mengamalkan suruhan agama bukan sahaja amalan wajib malahan juga amalan sunat secara sempurna dan yakin.

Titah baginda, mutakhir ni kedegaran suara- suara yang mencabar kesucian ajaran Islam dan mempertikaikan kedudukan Islam di dalam perlembagaan negara kita.

"Perkara- perkara negatif seumpama ini jika wajar dibiarkan kerana akan menimbulkan kecelaruan orang ramai khususnya umat Islam serta menjejaskan keharmonian beragama.

"Justeru itu, beta menyeru Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) supaya mengambil tindakan dalam menangani perkara ini, " titah baginda.

Sultan Terengganu bertitah demikian pada Majlis Sambutan Maulidur Rasul peringkat Terengganu yang bertemakan `Kesatuan Ummah Kesejahteraan negara’ di Stadium Negeri, Kuala Terengganu, hari ini.

Turut berangkat, Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah dan anakanda baginda Tengku Fatimatuz Zahra'.

 

Hadir sama, Menteri Besar Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman, Yang Di Pertua Dewan Undangan Negeri, Dato’ Mohd Zubir Embong, Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan Tugas-tugas Khas Negeri, Ghazali Taib bersama barisan exco kerajaan negeri lain.

Sultan Mizan mencadangkan setiap kali bangkitnya isu semasa yang boleh menimbulkan kecelaruan dalam beragama, masyarakat awam di negeri ini perlu diberi pencerahan ilmiah dengan mengadakan kuliah, seminar, kursus, kutbah dan edaran risalah.

"Pada masa sama beta mengesa agar memperbanyakan majlis zikir supaya cahaya kebaikan zikrullah akan menghapuskan kegelapan kejahatan di samping mendapat keberkatan dari Allah, " titah baginda

 

Hit : 13

 « BACK