eBuletin
 
Promosi Web
E-kursus Online
HRMIS
E-SPEKS(maklumat status pembayaran, slip gaji)
Emel -( mail @terengganu.gov.my )
myGovernment
Maidam
Facebook Jheat
Twitter Jheat
 
Renungan

Daripada Umar berkata : Nabi S.A.W. telah bersabda : "Sesiapa yang membaca surah Al Kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya daripada bawah kakinya hingga ke langit. Untuknya cahaya di hari kiamat dan diampunkannya antara dua jumaat."


(HR. Ibnu Katsir)


 
Video Secara Langsung
Tiada rekod
 
Peti Undi
Kriteria Terpenting Dalam Laman Web Kerajaan :


Keputusan undian sedang direkodkan. Sila tunggu...

 
  



KUALA TERENGGANU, 7 Mac – Kerajaan negeri melancarkan tazkirah bulanan di seluruh jabatan kerajaan negeri bermula hari ini, selaras saranan Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar dalam pembentangan Bajet 2019, baru-baru ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata, tujuan utama tazkirah bulanan berkenaan adalah bagi memastikan pemimpin masyarakat dan pegawai serta kakitangan kerajaan supaya mendekatkan diri kepada Allah SWT dan sentiasa berdoa kepadaNya.

“Dan pada waktu Dhuha yang baik ini…pada masa yang sama kita baca al-Quran sebagai kunci kekuatan, sekurang-kurangnya kita baca dan dengar al-Quran untuk dapat keberkatan dalam hidup kita, sama ada untuk peribadi, keluarga dan masyarakat.

“InsyaAllah, kita akan pastikan pelaksanaannya melalui pemantauan dan telah mempertanggungjawabkan beberapa agensi untuk melihat perjalanannya iaitu Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) sendiri termasuk beberapa agensi kerajaan yang lain yang berada di bawahnya (JHEAT) untuk memastikan program ini berjalan dan dipantau,”ujarnya.

Beliau berkata demikian di Program Tazkirah Bulanan 2019 dan Penyampaian Sijil Tauliah Penyembelih anjuran Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) di Dewan Terbuka, Kompleks Seri Iman, di sini hari ini.

Turut hadir, Pesuruhjaya JHEAT, Azmi Mat Arsyad dan ketua-ketua jabatan berkaitan.

Mohd Nor berkata, selain JHEAT, Yayasan Islam Terengganun dan Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) turut bertanggungjawab  bagi mengatur dan melaksanakan tazkirah di beberapa jabatan yang sudah ditetapkan melalui agensi masing-masing.

Sementara itu, dalam tazkirah berkenaan, Mohd Nor  menyeru kepada semua yang hadir untuk mengamalkan surah al-Fatihah dalam kehidupan seharian.

Katanya, terlalu banyak kelebihan dalam surah al-Fatihah dan setiap kali membacanya tanpa mengira tempat dan masa akan mendekatkan diri kepada Allah Taala.

"Surah al-Fatihah adalah salah satu surah dalam al-Quran yang disebut sebagai ‘ummul kitab’ yang memiliki banyak fadhilah dan keutamaan luar biasa  termasuk tujuh kunci rezeki jika diamalkan dalam kehidupan seharian,"ujarnya.

 

***Petikan dari TeganuKita***

Hit : 122

 « BACK